Tuesday, August 15, 2017

SUMBANGAN SANGKAR BESI UNTUK DIJADIKAN REBAN ARNAB SEMENTARA

Nasib baiklah ada sangkar besi mudah alih.. Bolehlah juga dijadikan reban sementara. Kebanyakkan reban ini adalah hasil sumbangan dari pekerja diwarung saya. En Rafizi namanya , dulu dia adalah pencinta kucing. Kini,sudah menjadi artis sambilan.Sebanyak 6 biji sangkar besi yang diberikan.  terima kasiihhhh.

 
En. Rafizi

Cukuplah sekadar lindungan panas dan hujan.

bilangan arnab telah dikurangkan, sebahagian telah dijual dan disembelih.







Harga seekor 30 ringgit
Sepasang 55 ringgit
Harga kat pet shop sekitar 40 ke 50 ringgit seekor
Harga untuk dimakan 20 ringgit sekilo + 5 ringgit (upah sembeliah,lapah dan potong)


UPDATE: TRANFORMASI DARI REBAN MENJADI BENGKEL

Memang banyak kerja yang perlu buat. Proses merobohkan dan pembersihan sudah selesai . Sekarang ni kena siapkan tapak asas binaan yang baru pulak.
masih dalam proses merobohkan
Bila kerja tanpa pekerja tentunya memakan masa. Jadi, pandai-pandailah membahagikan masa.

ikat bata dulu sementara hari tengah panas







Sementara nak tunggu reban arnab sementara disiapkan (bini i yang buat). Eloklah dirikan tiang dulu. iyer tak.

amacam? ada senget tak? itulah aksi bila tukang masak jadi tukang rumah.

Tugas bini aku cuma siapkan reban burung dan reban arnab sementara. Selain itu, dialah pembantu, pemberi cadangan dan pengkritik yang setia. hahaha,,,... 

amacaam terrer tak my wife bikin,,..?reban burung baji dan terkukur.

Sunday, August 13, 2017

PENGUBAHSUAIAN DARI REBAN KE BENGKEL

Sudah tiba masanya saya memerlukan sebuah bengkel .Dimana ianya boleh menempatkan keperluan barangan seperti mesin tebuk, pelbagai pam air,genarator dan lain-lain. Dengan adanya bengkel ini saya dapat menyusun dan menghimpun segala peralatan yang ada. 

Pengubahsuaian ini melibatkan tiga buah reban iaitu reban burung baji, reban burung terkukur dan reban arnab.


penyediaan tapak baru untuk 2 reban burung

menggantikkan jaring baru untuk reban burung

Ini juga melibatkan reban arnab. Rombakkan semula dilakukan demi keselesaan dan memudahkan kerja-kerja pembersihan.
saliran najis arnab tersekat
rombakkan reban dilakukan

60 % jaring reput
tip reban arnab
  • pemilihan material yang berkualiti(jaring tahan karat)
  • bingkai dari kayu tak sesuai (Mudah reput,tabiat arnab suka buat lubang)
  • pengurusan tinja (najis) mudah diuruskan dan tidak terkumpul.
  • pengudaraan yang sempurna dan kering

Monday, August 7, 2017

RAM PUMP

Penggunaan RAM PUMP (pam air tanpa elektrik)
Semua orang tahu takrif bil elektrik akan naik setiap tahun.Belum ada lagi kata nak turun ,kononnya nak bantu rakyat .. Jadi, inilah salah satu cara alternatif untuk mengurangkan beban .

RAM PUMP
 Digunakan sebagai alat penyiraman tanaman setiap hari selama 24 jam tanpa henti.
diy ram pump
Biarpun airnya tak sekuat air paip dirumah, ianya mampu membasahi seluruh tanaman yang ada.
tangki takungan sementara
 a. Lebihan air kolam dipam terlebih dahulu dengan menggunakan 'ram pump' dan disimpan ditangki takungan (tong atas) . Tong di bawah tuh satu untuk letakkan baja dan satu lagi untuk pengagihan siraman.


b. Siraman untuk tanaman dalam  polibeg (fetergasi)

c. Siraman untuk tanaman dalam botol kitar semula

 video