Tuesday, February 14, 2017

AQUAPONIK- LADA BANGALA , POKOK MULBERRY DAN ANGGUR

Growbed aquaponik bertindak sebagai tempat penyemaian sementara. Sekiranya aku nak tanam pokok besar yang menggunakan keratan batang ,aku akan cucuk kat dalam tong ni. Bila sudah keluar tunas barulah dipindahkan kedalam polibag.Sebelum nie aku ada juga menyemai biji durian, jambu loceng ,jambu gajus, dan memacam lagi. Setelah beberapa minggu dan percambahannya  sepanjang sekaki barulah dipindahkan.

KERATAN BATANG MULBERRY
Mula disemai bulan disember 2016

tempoh penyemaian yang hampir sebulan sudah mengeluarkan hasil

belum sempat pindah kat polibag dah keluar buahnya
Pokok mullberry ni kalau dibiarkan boleh mencecah bumbung...

CILI BANGALA
Mula disemai awal bulan disember 2016
disemai dari anak benih yang tumbuh didalam tong komposdan dipindahkan disini. Kira macam "suprised plant".ha ha ha..





ANGGUR
Mula disemai pada awal tahun 2016
Disemai melalui biji benih .tak sangka boleh tumbuh...
yang bakal dipindahkan keatas tanah.



UPDATE: TEMPAT MENGOMPOSAN TANAH DARI BAHAN TERBUANG.

POST YANG TERDAHULU
 Kini tempat kompos sudah diupgredkan kepada beberapa bahagian.Kalau tak,dulu kena tunggu lama proses pereputanya. Maklumlah bahan terbuang masih belum dijumpai yang dimaksudkan adalah tangki fiber.. Terima kasih kepada mereka yang menyalurkan sumbangan itu. Walaupun tangki bocor ianya amat berguna kepada aku.

BAHAGIAN 1 (TEMPAT PENGUMPULAN)
        Tempat simpanan sementara semua bahan (raw material) . Disitu tempat letakknya daun kering,kulit telur ,tahi arnab,tahi ayam dan memacam lagi.


BAHAGIAN 2 (TEMPAT PEMBALIKAN/GAUL BAHAN)
   Disini ita boleh rasa kehangatan bahan yang terkandung didalamnya, proses penguraian dan pereputan berlaku. Kalau waktu pagi kita boleh nampak berasap yang keluar semasa pembalikkan bahan.
  

 BAHAGIAN 3 (TEMPAT PENYARINGAN/TAPIS BAHAN)
   Memastikan tiada bahan yang belum reput sepenuhnya ada bercampur sekali.
   Pengasingan bahan seperti plastik,kayu atau ranting.


Sunday, February 12, 2017

HIROPONIK- SALAD DAN IKAN LAGA

BAHAGIAN HIDROPONIK
Terdapat 4 tempat( takungan /bekas) dibahagian hidroponik . Takungan ini berukuran 2 kaki x 8 kaki setiap satu. Diperbuat dari bahan terbuang  iaitu  pintu kayu lama dikepung dengan papan dan dilapiskan menggunakan kain rentang (banner) .
Sistem yang diaplikasikan hampir sama dengan aquaponik. Pengaliran air didalam takungan ditambah 1jam setiap hari. Lebihan air yang ada kembali semula di dalam kolam.Tanpa penggunaan baja kimia,biarlah taik ikan menjadi pilihan.
 salad
Mula semai pada awal januari
setelah 3 minggu

Bertindak sebagai perangkap kekotoran/keladak kolam. Sebulan atau dua pembersihan dijalankan. Lazimnya apabila takungan air yang bertakung boleh mengundangan kehadiran nyamuk. Bila nyamuk dah datang bertelur .jentik-jentiklah  hasilnya.

ikan laga
Sebagai pemusnah/pemangsa bagi jentik-jentik yang ada. Selain itu ikan laga boleh membiak didalamnya, dan sebagai pendapatan sampingan. Aku jual sekor rm2 hingga rm5 mengikut saiz,warna dan keunikkan.

keladak air kolam terkumpul

 Seandainya sistem pengairan berterusan seperti Aquaponik (yang ada "flush ")berlebihan pasti ikan laga tersedut sekali.

tempat menyorok ikan laga dibawah polistrine dan akar salad sebagai penapis air
 

AYAM SELASIH UNTUK DIJUAL

AYAM SELASIH
 
Membela  binatang ni adalah hobi semata-mata, bukan nak buat secara komersial. Lagipun banyak lebihan makanan sewaktu meniaga, nak dibuang sayang . Jadi itulah habuannya ,dikira itu sebagai "backup" makanan dedak dan jagung .
Kebiasaanya aku jual sepasang, kalau nak beli sekor pun boleh... Kebanyakkan orang yang datang beli disini untuk tujuan perubatan tradisional, ada yang nak buat makan kebiasaanya bangsa cina. Aku jual tak mahal mana pun sekitar rm 30 ringgit keatas. Dinilai dari segi umurnya.jenisnya,dan keunukkannya.
Terdapat beberapa jenis ayam selasih yang ada disini antaranya



  Ayam selasih bulu hitam(ori).



 Ayam selasih bulu kapas (putih).
sesuai dijadikan sebagai ayam hiasan Nak buat makan pun bole tapi isinya tak begitu banyak...
selasih jantan

selasih betina

sesuai untuk dijadikan sebagai ayam hiasan
Ayam selasih kacukkan ayam hutan (sehtan)
yang jantan. ayam hutan kawin dengan ayam selasih betina.
 bulunya menarik dan menjadi tarikan pada mereka yang minat.


HIDROPONIK (KACANG PANJANG,PERIA DAN SELOM)

Kebiasaanya apa yang aku tahu hidroponik bergantung terus pada air yang dibubuh baja tertentu. Tidak kiralah baja kimia atau sebaliknya. Apa yang penting adalah benih disemai pasti tumbuh. Konsepnya dikatakan mudah bagi mereka yang malas nak jaga pokok.
 TANAM ,TINGGAL ,TUAI katanya...
Kalau dah malas tuh takyah ler nak jadi petani, iyer tak?.. dok kedai mamak  main wifi free, dah betul.. Apa yang diusahakan perlulah diberi perhatian pastu barulah  nikmat hasilnya.

 KACANG PANJANG (JENIS TIDAK MENJALAR)
ditanam pada awal bulan september 2016

pokoknya menjadi kekuningan dan menjadi layu,buahnya semakin kontot
cantas pada akhir bulan november 2016

SELOM (POKOK ULAMAN)
ditanam pada awal bulan november 2016
 

gambar diambil pada januari 2017
keadaan tong hidroponik semakin sempit dan menjalar.
 PERIA
ditanam pada akhir bulan Ogos 2016
 cantas : lepas sebulan setengah, kematian berpunca dari serangan bena.


Saturday, February 11, 2017

MAHA 2016 ACARA TAHUNAN

Mungkin acara ini sudah lama berlalu.. cukuplah sekadar memenuhi blog ini.
Foto-foto ajer...


 phewiiittt...
"our food our future"


SIBUK DGN MASALAH PEKERJA DAN PEMBAIKPULIHKAN KAWASAN KOLAM AQUAPONIK

Dua tiga bulan nie aku tak sempat nak update blog kerana ada sedikit masalah komputer dan line internet. Ditambahkan lagi dengan masalah pekerja yang selalu keluar masuk (ada yg berhenti ada yang masuk).
Apa nak buat dah kerja dengan bangsa sendiri.. Paham-paham ajerlah.... 

BILA cuti ajer mulalah dengan aktiviti mingguan di kampung. Upgred-upgred  kolam yang tidak berkesudahan, ada jer yang nak dibuat.


Antara tugasan yang terbaru adalah sambungan bumbung dibahagian hadapan yang tergendala hampir 1 tahun. Faktor utama adalah kewangan dan masa. Ditambahkan lagi dengan kejatuhan matawang negara  
yang bersertakan GST. "Pandai" pun menteri..



Namun begitu tugasan yang ada perlu diselesaikan.