Tuesday, November 22, 2016

HASIL ROCK MELON

ROCKMELON sudah ditanam sebulan setengah yang lalu kini sudah mengeluarkan hasilnya.Sungguhpun rasanya tidak sehebat ditanam di atas tanah dan tidak menggunakan baja kimia,ianya bolehlah dibanggakan.  Buah ini Sesuai untuk org yang adamasalah  penyakit diabetis macam saya. Kurang manis kan bagus..

buahnya tidaklah sebanyak mana pun. tapi ianya cukup memberi kepuasan sebenar apabila ditanam diatas leca.

 

PROMOSI JUALAN ANAK ARNAB

ARNAB UNTUK DIJUAL

SPESIS YANG ADA
  • ANGGORA
  • LION HEAD
  • RED EYE ANGGORA
  • BEAR
  • KAMPUNG(BIASA)
 HARGA SEEKOR RM 55 SEEKOR
               SEPASANG RM 100
BERUMUR DIANTARA 3 HINGGA 4 MINGGU



SEDIA UNTUK DIJUAL

UMUR BARU 3 MINGGU

INILAH IBUNYA.
UNTUK JUALAN AKAN DATANG


Wednesday, October 19, 2016

UPGRADE BAHAGIAN HIDROPONIK

DAHULUNYA kedudukan hidroponik tidak teratur maksudnya ada sebahagian dibelakang  dan sebahagian lagi ditepi kolam. KINI, kesemuanya dihimpunkan di satu tempat sahaja.

bahagian hidroponik

kacang panjang tidak menjalar menjadi pilihan.



sudah mengeluarkan hasilnya
penukaran air dibawahnya dibuat 4 kali sehari secara automatik. bagi membekalkan akar pokok sentiasa mendapat nutrien semulajadi yang berterusan.

pokok selom (ulaman)
pucuk muda dimakan dan bahagian bawahnya disemai semula.

BUKAN SEKADAR KOLAM AQUAPONIK DAN HIDROPONIK SAJA...

Kebelakangan ini saya jarang menge'post' dan meng'update'kan  di dalam blog ini. Terlalu banyak benda/kerja yang nak dibuatnya sehinggakan tak sempat nak ambil gambar. BILA TAKDE GAMBAR TAKDELAH CERITA. Jadi ,ada cerita pun yang sudah ketinggalan.. Anugerah tuhan menjadikan saya manusia yang  serba boleh ditambahkan lagi mendapat seorang isteri yang macam saya.Kreatif,inovatif dan positif dalam segala hal bagi menjayakannya,,..  Alhamdulillah..

Diantara tugasan yang dilakukan sendiri.
  • mendirikan sebuah kolam ikan
gambaran sekitar thn 2014
  • mendirikan reban ayam,itik dan angsa
    gambar thn 2012
  • membina sebuah reban arnab

  •  dua buah reban burung(baji  dan terkukur)

  • mendirikan sebuah pondok gazebo

Jadi, masa terlalu singkat untuk maintain kesemuanya  untuk berjalan lancar dari segi kebersihan dan kesihatan ternakan.

Tuesday, October 18, 2016

DIY TEMPAT MAKANAN ARNAB


Arnab adalah makhluk Allah yang sangat comel dan menarik. Cuma kelakuannya yang agak aktif diwaktu malam dan masa siangnya banyak tidur saja. Dahulunya bekas makanan arnab adalah bekas plastik ( botol sos/tiram plastik) terpakai yang digunakan. 


Namun begitu bekas makanan dari plastik cuma bertahan selama beberapa minggu saja. Habis digigit dan dilubangkan.


Kini masalah sudah selesai, bekas makanan diperbuat dari cermin. Masih lagi bahan yang dikitar semula iaitu cermin tingkap nako..
Cara pembikinan agak susah sikit tapi boleh bertahan lama selagi tidak jatuh ke lantai. Berhati-hati semasa proses membuatnya kaca halus mudah mencucuk jari anda...





Dengan cara ini dedak yang dihidangkan tidak tumpah mahupun dikais-kais. Boleh menampung bekalan makanan selama 2 hari. Semakin tinggi bekasnya , semakin lamalah bekalan makanannya.
Selamat mencuba..



SELAMAT MENCUBA,,

Wednesday, August 31, 2016

LAWATAN KE TAPAK PENYEDIAAN TANAH ORGANIK DAN LADANG SAYURAN ORGANIK.


Salah seorang dari peserta iaitu Mr, David Teo menawarkan lawatan dan ingin berkongsi tentang tanaman  organik. Selain itu dia juga salah seorang  pengeluar tanah hitam organik. Lokasinya di Machap,Johor.

Mr David Teo

Tanah hitam yang sudah diproses
menuju ke ladang tanaman organik

perbincangan dan berkongsi pendapat tentang bahan organik

terung organik tanpa bahan/racun kimia

kawasan berbumbung khusus penanaman sawi,kailan.bayam dll


DIANTARA HASIL TANAMAN YANG DAPAT DIPASARKAN


KRUSUS PERTANIAN "SAYURAN ORGANIK"

JABATAN PERTANIAN ANJUR KURSUS PERTANIAN ORGANIK Pertingkat kemahiran usahawan tani amal Natural Farming. Bertempat di Ayer Itam ,Kluang, Johor. Krusus ini ditawarkan pada warga Johor sahaja.
Diadakan pada 15 dan 16 Ogos.



Sekadar untuk menambahkan ilmu yang ditawarkan secara percuma. Selain itu dapat belajar tentang teknik pembikinan baja dan racun secara organik.

penerangan tentang baja organik


teknik gaulan bahan

teknik menghancurkan bahan 

proses penyediaan bahan asas

Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar . Untuk bahan organik apa yang diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar

Saturday, June 18, 2016

PERISTIWA 2015 DAN AWAL 2016

Memandangkan pada 2015 dan awal 2016 nie aku terlalu sibuk, maka banyak cerita dan berita tidak dapat dipaparkan. Cuma sempat ambik gambar jer , sekarang nie dapatlah update blog.Sementara tengah tunggu sahur nie.

CERITA/KEJADIAN 2015

AYAM DIMAKAN ULAR SAWA



MENDIRIKAN SEBUAH GAZEBO DILENGKAPI KOLAM IKAN KAP

TAPAK PROJEK TERBARU

LOKASI BARU TEMPAT BERMAIN



KAWASAN RIADAH/LEPAK SANTAI SEKELUARGA

KELAHIRAN LANDAK MINI


MEMBANTU MEMBAIKPULIH KENDERAAN LAMA TERMASUK MENGECAT. Inilah perkara yang banyak membataskan jadual harian termasuk meng"update blog".