Sunday, August 25, 2013

KEROSAKAN PAM DAN AUTO SUIS

Buat masa sekarang ini , di kawasan ini berlaku kekurangan hujan. Maka "water supply " dari perigi  mengalami kekeringan air. Apabila air perigi sudah kurang,maka air kolam pun turut berkurangan juga.
Bila air kolam sudah kering , pam air akan menjadi bakal menjadi rosak. 
So, pemantauan segera dilakukan.
pam yang rosak dan tidak boleh dibaiki lagi
PAM AIR YANG BARU 

 HARGA : RM 210
BUATAN :CHINA
KUASA PANCUTAN: 8000 LTR/JAM
KUASA ELEKTRIK: 120 WATT
JANGKA HAYAT: ENTAH LER


SUIS AUTOMATIK 
mengawal paras ketinggian dan kekurangan air.
  • bila air penuh ia hidup
  • bila air kurang ia mati
HARGA : RM 50
ADA JUAL DIKEDAI HARDWARE


KOPAK DUIT AKU..
Setelah siap pemasangan auto suis dan pam air


CUCI GROWBED..

Inilah rutin tahunan yang paling memenatkan. Kali terakhir cucian ini semasa penukaran bekas polistrine kepada tong biru..mungkin sudah 2 atau 3 tahun lepas.
Kotoran yang ada didalam ini sudah menjadi tepu dan diselaputi dengan lumut hijau. Ini adalah penyebab utama proses kekurangan pengoksigenan didalam "growbed". Serta menyekat /menghalang air keluar  ke dalam kolam.

dipenuhi dgn sisa buangan ikan dan lumut

sebelum di bersihkan


diasingkan sebelum dicuci
cucian dilakukan secara manual.
dibantu oleh isteri

memang memenatkan
penyusunan semula dilakukan dan memperbaiki "auto siphon".

setelah dicuci

setup semula growbed
terdapat kerosakan pada siphon

guna botol untuk buat cover auto siphon
Sebanyak 12 growbed yang perlu dibersihkan. Yang larat setakat ini baru 6 growbed saja.