Monday, November 26, 2012

INFO AQUAPONIK

INFO AQUAPONIK 
Maklumat diambil dari hasil karya orang untuk dikongsikan bersama. Semoga  ianya dapat membantu/memudahkan kita bersama.











MAJLIS KONVOKESYEN ANAK AKU.

Tamatlah sudah seisi pra sekolah si anak daraku. Kini menuju kealam persekolahan yang sebenar.

ragam murid -murid tadika

semoga berjaya wahai anakku

DALAM DIAM IKAN KETUTU SUDAH ADA BABY..

ANAK KETUTU..
Hampir 2 tahun sudah tidak beli lagi ikan ketutu samada anak mahupun dari hasil pancingan orang. Maklumlah,ikan ketutu nie memang payah dibela,ditambahkan pula spesis ini semakin berkurangan. Setelah 2 tahun berlalu selepas raya cina tahun 2010, 'balance' yang tinggal tidak lebih 50 ekor. Dibiarkan hidup liar tanpa penjagaan rapi lagi (pandai-pandailah nak hidup). TAPI... hari ini terdapat pula anak ikan ketutu kecil hidup dikolam (area tumbuhan aquatik). Dijumpai semasa pembersihan perangkap kekotoran (sluged) .Ini bermakna ikan ketutu sudah membiak secara semulajadi..ALHAMDULLILAH.. Jumlahnya masih belum diketahui lagi.
post terdahulu

ikan ketutu bersaiz 5 cm

 ikan k22 dijumpai semasa pembersihan kolam
Untuk makluman ikan ketutu ini memang harganya terbaik...

Tuesday, November 20, 2012

CUCI TANGKI TAKUNGAN AIR PERIGI

TANGKI TAKUNGAN AIR PERIGI  (TUBEWELL)
 Hampir setahun tangki ini tidak dibersihkan dan dibiarkan airnya termendak dengan sendirinya. Air yang dimaksudkan adalah air perigi yang digali kemudian dipam kedalam tangki pertama . Seterusnya dikumpulkan kedalam tangki ini sebelum disalirkan kedalam kolam.



 Kekotoran ditahap maksimum. Yang berwarna merah itu adalah hasil mendakkan tanah merah.
perlu dicuci
Apabila mendakkan ini tidak dicuci, kandungan pH air akan bertukar dari neutral kepada beralkali.

ikan yang tahan lasak seperti keli @ puyu akan mati.
Bagi memastikan air itu selamat digunakan,ikan yang tahan lasak seperti keli atau puyu dibiarkan hidup didalamnya. Seandainya ada kematian yang katara,pembersihan perlu dilakukan dan pH air diuji semula.

perangkap kekotoran yang digunakan dicuci semula

HASIL DARI KEBUN (LIMAU KASTURI)

LIMAU KASTURI
SEBELUM terbinanya sebuah kolam aquaponik ini, sempat jugak aku menanam beberapa batang pokok limau kasturi. Hampir 2 tahun ditanam dan kini telah mengeluarkan hasil yang tidak putus-putus. Sekali pungutan hasilnya boleh mencecah 3 hingga 5 kilo. Tak habis makan dibuatnya.. 


untuk kegunaan sendiri sahaja. Kalau dah banyak macam nie sedekah kat orang ajerlah.
limau kasturi yang dipetik
besar giler..
hasil yang luar biasa
lebih besar dari duit 50 sen





ITULAH UNTUNGNYA BILA BERJASA PADA TANAH.

Tuesday, November 13, 2012

HASIL DARI TANAMAN AQUAPONIK ( KUNYIT DAN TEMBIKAI SUSU)

 KUNYIT
Tanam lebih kurang 2@3 bulan saja. Kira lepas juga untuk kegunaan meniaga selama seminggu.




TEMBIKAI SUSU
Nampak comel saja kan? peringkat percubaan takpe...
kurang manis..

pen lebih panjang dari tembikai..kekkeke




SURPRISED PROJECT - reban baru - (PART 3)


HARI KELIMA
  • sambungan dari kerja-kerja yang tak siap semalam
saling bantu membantu
adjust yg mana tak betul. jgn sampai terlucut kain sudah..
dawai(brc) perlu diikat rapi utk elakkan dari musang/ helang masuk
  • membuat pembahagian kawasan/ ruangan(patitions)

ini adalah kawasan arnab
disekeliling kawasannya perlu dikorek sedalam 1/2 kaki
kayu reban lama yang perlu dikitar semula

HARI KEENAM (FINAL DAYS)
  • memasang kepungan disekeliling reban dibahagian bawah dengan menggunakan bumbung simen lama(edeck)
  • memperkemaskan ruangan dalam reban
RUANGAN UNTUK AYAM SERAMA



RUANGAN UNTUK AYAM KAMPUNG DAN ITIK

pandangan dari sisi reban

port untuk ayam bertelur



kolam mandi untuk itik saiz kecil

RUANGAN UNTUK ARNAB

port untuk sang arnab berteduh

keselesaan yang ketara


PANDANGAN KESELURUHAN REBAN BARU
HAMPIR SEMINGGU SAJA KAMI SEMUA BERJAYA MENYIAPKAN KESELURUHAN REBAN BARU INI. KEJUTAN UNTUK AYAH....
DAN
TERIMA KASIH PADA MEREKA YANG MEMBANTU MENJAYAKAN PROJEK INI.

SURPRISED PROJECT ( reban baru )part 2


Projek pengubahsuaian reban ini dicadangkan oleh emak aku. Beliau beriya-iya sangat untuk melihat projek ini berjaya. Bukan saja ini satu kejutan untuk bapa aku, malah memudahkan ianya memberi makan pada  setiap ternakan. 
HJH ROHANA BTE KEMIN (emak aku)
HARI KEDUA
  • merobohkan reban arnab dan kayunya digunakan semula 
  • pembersihan kawasan
roboh reban, kayu yang elok disimpan.yang kena makan anai-anai dibuang
pembersihan kawasan dilakukan
  • mendirikan tiang besi di sekeliling reban 
tiang besi yang dikonkrit..barulah kukuh.

dahulunya pokok durian didalam reban kini dianjak keluar

pohon markisar berada diluar reban kini akan dianjak kedalam atau dibuang
HARI KETIGA
  • memasang pagar disekelilingnya dengan menggunakan pagar hijau dan pagar terpakai
     
pagar asal diguna semula

memantau kedudukan pagar
aksi merobohkan struktur reban asal
alamak terlepas pulak ayam nie
 HARI KEEMPAT

  • memasang bumbung dengan pagar (brc)dan lagi separuh guna bumbung zink 
sebelum memasang bumbung
pendawaian mesti sempurna,khuatir dimasuki musang
pemasangan bumbung zink

50% hampir siap
Dengan adanya kerjasama dari semua pihak segala kerja akan jadi mudah