Thursday, October 18, 2012

JANTINA IKAN PUYU DAN KELI

GAMBAR JANTINA IKAN PUYU @ BETUK

yang dok atas tuh jantan kat bawah tuh betina
Ikan puyu nie susah sikit nak tahu jantinanya... pasal ia terkenal dengan ketajaman durinya ..kalau dah kojal macam nie bolehlah belek abis - abisan..

GAMBAR JANTINA IKAN KELI
TENGOK JER DAH TAHU.. TAK PAYAH NAK AJOR
gambar nie dapat dalam blog sapa ntah.. saja utk kongsi info  bersama..

Tuesday, October 16, 2012

UPDATE: STRAWBERRY DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK

 update:strawberry
update sebelumnya
Pertumbuhan agak memberangsangkan,dulu semai 2 pokok ajer.. kini dah ada 5 anak pokok kecil.

strawberry in pot 1
Kesuburan ditahap maksimum
strawberry in pot 2
Masih diperingkat pemerhatian dan pemantauan..
strawberry in pot 3
Berbuah atau tidak poko strawberry nie bersama-sama kita nantikan.

PENDAWAIAN 
dulunya pakai "asal boleh" ajer, janji hidup sudah...
tapi kini dah ada modal sikit, pengubahsuai dibuat demi menjimatkan kos elektrik yg sedia ada.
Setiap satu pam mempunyai satu soket ajer.. tiada sharing-sharing lagi.

lebih kemas dan teratur
  1. pam 1untuk kolam utama digunakan timer
  2. pam 2 untuk kolam utama jugak tapi dia ada auto suis 
  3. pam 3 untuk kolam yang mengandungi banyak kotoran (sluged)
  4. pam 4 untuk perigi (tubewell) supply raw water ke kolam
  5. pam 5 untuk kawal tahap overflow air
  6. pam 6 untuk mengepam angin (bubble) keseluruhan kolam


MISI MENYELAMATKAN ANAK MONYET

Comel tak?.. memang lah comel bila kecik..  dah besor nanti abis tanaman aku nko serang..
Anak-anak kera nie ditinggalkan siibunya akibat ketakutan dari tuan tanah... paham-paham ajerlah dah buat salah ..
berposing

buat masa sekarang nie kasi susu cap teko ajer.

berebut susu
Keperihatinan terhadap binatang perlu ada didalam diri kita. Walaupun binatang ini tidak berakal namun ianya adalah ciptaan tuhan juga.

emak aku juga turut membantu misi ini

Sumbangan ikhlas boleh dihantar kerumah berupa pisang,anggur dan sebagainya



Monday, October 15, 2012

PEROSAK TERTEWAS

Apabila tanaman semakin subur ,mulalah si tikus bermaharajalela.. Apa saja yang baru tumbuh dari hasil semaian habis di makannya. Nah!!! pasang 3,4 perangkap baru padan muka dia..

2 ekor tikus menjadi korban

perangkap dipasang dilaluan utamanya.

boleh tahan besar jugak  makhluk nie
Maklum ajerlah dah nama binatang... nak marah pun tak boleh..So, bertindaklah sebelum parah..






PERANGKAP KOTORAN(filter) DARI HASIL BUANGAN

PENAPIS
Penapis amat diperlukan bagi menjadikan sesuatua kolam itu bersih atau tidak. Bagi saya penapisan air sangat penting sebelum disalirkan kedalam media tanaman aquaponik. Demi menjimatkan kos dalam pembelian filter yang sediada maka, bahan-bahan terbuang digunapakai.

botol-botol plastik dan guni bawang diperlukan
FILTER YANG SEDIA ADA
cuma beli ajer
brush filter harganya 6 inggit sebatang

span filter harganya 5 inggit sekeping

bio ball filter harganya 25 inggit seplastik ada 100 biji
Tak payah susah-susah recycle ajer apa yang ada.

PROSES PERTAMA
Anak aku sentiasa sedia memberi perkhidmatannya.
mengunting botol plastik

semangat kerjasama diperlukan

PROSES KEDUA.
pengasingan plastik botol dan pembalutnya. Pembalutnya mudah mereput tidak sesuai utk jangka masa panjang. Dikhuatiri akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.

dibasuh terlebih dahulu,maklum ajerlah botol sabun...

Isteriku memang cekap dalam proses pengasingan
PROSES PEMBUNGKUSAN

Kerja ini tak susah mana pun. cuma sumbat kasi padat sudah...


PROSES TERAKHIR
Setelah siap,bahan -bahan yang diguna semula itu. disusun kedalam tong filter. Pada peringkat permulaan air tak berapa clear.. Cuma biarkan beberapa hari dan lihatlah hasilnya.



Perangkap kotoran yang terdahulu. Cuma gunakan batang paip pvc saja(lebihan dari hasil kerja )