Friday, December 2, 2011

HASIL DARI TANAMAN AQUAPONIK

Pokok yg terdahulu adalah pokok petola berus,kini digantikan dgn pokok kacang botol..Pokok petola berus mempunyai akar serabut yang banyak sehinggakan saliran air menjadi tersumbat.

kacang botol disemai secara:
aquaponik
pertumbuhan agak memberangsangkan
hidroponik
sudah mengeluarkan hasil

PROJEK TERBARU.

-semaian bertingkat-
Mengkhususkan satu jenis tumbuhan sahaja tapi beraneka spesis.

  1. Pokok Pegaga Cina atau Pokok Pegaga Nyonya yang biasanya berdaun kecil,
  2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
  3. Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
  4. Pokok Pegaga Kelantan,
  5. Pokok Pegaga Renek
  6. Pokok Pegaga Salad
  7. Pokok Pegaga Gajah
tempat menyemai pokok pegaga

baru ada 3 jenis ajer

 pandangan semaian bertingkat


coming soon

GELAGAT SI ANAK DARA

inilah aksi si anak daraku sepanjang berada di kampung.

tak larat nak angkat yer..

org lain yang cabut ubi dia yang sibuk berposing.

motor atok yang  terbaru

DILANDA BANJIR KILAT-(11-11-2011)

Kehadiran hujan lebat yang tidak diduga menyebabkan banjir sementara. Keadaan berlaku semasa ketiadaan kami sekeluarga kerana menghadiri  kemajlis perkahwinan bapa saudara di Negeri Sembilan. 

 bahagian yang terjejas:
dapur

 hadapan pondok/homestay
 belakang rumah
 hadapan pintu masuk kolam
mujurlah tiada kerosakkan yang teruk seperti barangan elektrik dan perabot. Barang yang kerap kali hilang pada musim banjir adalah selipar dan kasut.

PENGUBAHSUAIAN BATAS KOMPOS (1) KEPADA KOLAM KANVAS.

GAMBAR SEBELUM DARI (BATAS KOMPOS 1)
Kini batas kompos1 telah bertukar menjadi kawasan kolam kanvas. Kanvas ini dibeli dengan harga RM 120.00 panjang 25kaki dan lebarnya 5kaki. Bertujuan menyimpan air takungan hujan dan segala jenis anak ikan yang disauk serta hasil pancingan setiap minggu.  Kononnya kolam kanvas ini dijadikan kawasan kuarentin ikan sebelum dimasukkan kedalam kolam simen. 
1.ACARA MEMBERSIHKAN KAWASAN               
tugasan ini yang paling mencabar dan memenatkan
tanah kompos dikumpul dan disimpan utk digunakan semula
 2.ACARA MENGUKUR KAWASAN
setelah dibersihkan


3.ACARA MEMASANG KOLAM KANVAS

-bersambung......

-REHAT SEMENTARA-

Buat masa sekarang ,kenalah jarang-jarang update blog ini. Disebabkan oleh masalah pada komputer. Pada mulanya kerosakkan pada harddisk(dah kong). Bila digantikan dgn baru timbul pula masalah lain. Kali nie pula lebih teruk lagi Motherboard pulak dah tak berfungsi.. Maka terbengkalailah segala usaha dan cerita. Mujurlah ada laptop pinjam, boleh juga update sikit sikit.

Thursday, September 15, 2011

SUASANA MERDEKA RAYA 2011

Keriangan di Aidilfitri membuatkan aku terlupa nak update blog nie.
Dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin kepada semua.





IKAN KETUTU DISERANG PENYAKIT.

Kali ini ikan ketutu pula menjadi korban dari serangan penyakit. Pening kepala dibuatnya, benih susah nak dapat,mahal pulak tuh harganya..Terdapat 7 ekor yang sudah mati setakat ini.. Buat masa sekarang nie, kuarentin dijalankan dan kolam perlu dibersihkan dengan segera. Segala jenis ubat diletakkan kedalam kolam.

permukaan kulit ikan ketutu seperti digigit/macam kena kudis pun ia..

rugi...rugi... nak buat camner ek..

2 ekor yang baru ditemui mati.. bau mmg kaw-kaw punya.
mangsa yang mati mempunyai tanda2 yg serupa.
Diharap pembaca dapat memberikan nasihat atau cadangan yang berguna utk dikongsikan bersama-sama.
terima kasih.

Friday, August 19, 2011

IKAN CARP DISERANG PENYAKIT.. (FISH DISEASES)

Kematian ikan yang dibela sudah pasti menyedihkan.. Apabila kematian berpunca dari penyakit yang berjangkit gerenti membimbangkan, takut-takut berjangkit pada kesemuanya. So, terpaksalah mencari ubatnya. Tapi sebelum itu, tangkap yang mana hidup dan berpenyakit saja dikuarentinkan dahulu..kalau dah kronik sangat buang ajerlah..
 

kesian melihat keadaannya. parah..parah..
ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku.. keadaan menjadi panik buat seketika, takut ianya berjangkit pada semua..Lantas pergi ke pusat khidmat nasihat dari kedai ikan berdekatan ..

lukanya mengerikan tapi masih hidup lagi..  kuarentinkan..


yang dah mati..perlu dibuangkan dgn segera.

ikan yang dikuarentin . airnya diletakkan garam sikit dan ubat yg dibeli.

 UNTUK TATAPAN BERSAMA TENTANG PENYAKIT IKAN

KEMASKINI TANAMAN AKUAPONIK

Hampir 3 minggu tidak membuat tinjauan terperinci tentang persekitaran kolam..Apatah lagi nak menjengok pasu-pasu yang dijadikan sebagai filter(growbed).. Masa terlalu suntuk dan ditambahkan lagi dengan membuat pengubahsuaian kenderaan.. Maklumlah, dah nak puasa.. nanti tak larat pulak..

gambar terdahulu: saliran-air-lama  dijadikan tempat menyemai benih.

v
tumbuhan menjalar hidup subur dan terus menjalar keatas bumbung kolamku

dipenuhi dgn akar pokok petola berus.



Pokok yang ditanam sudah pasti subur.. yang menjadi masalah salurannya tersumbat teruk.



akar sepanjang 1 meter setengah ditarik keluar

paip flow air tersumbat teruk dan mengakibatkan air melimpah kluar..
video semasa proses pembersihan akar dilakukan.  



Thursday, August 18, 2011

GELAGAT SI ANAK DARAKU..

Gelagat si anak dara sebelum bulan Ramadhan.

makan nasi ambang dirumah atoknya (bkt gambir)


bagi makan kucing.. dihalaman rumah cik ngahnya


bermain belon sabun di taman riadah (port dickson)


kegemarannya sudah pasti..bermain pasir...(teluk kemang)

TAMAT LATIHAN ASKAR DI PORT DICKSON

Pada 30/7/2011 tamatlah sudah latihan ketenteraan yang dilaluinya selama 6 bulan. Sememangnya tiada di dalam dunia ini pekerjaan yang paling mudah untuk dilaksanakan. Tanpa usaha yang gigih serta minat yang mendalam kita tidak akan berjaya. TAHNIAH..wahai adik aku...

perbarisan tabik hormat..


gambar sekeluarga dipadang kawad(port dickson)

Adik aku nie kurang berminat dalam hal-hal aquaponik dan dia mungkin tak tahu apa maksudnya. Namun begitu aku tak kisahlah.. at least dia banyak bantu aku dalam pembinaan kolam pada peringkat awal. Contohnya.klik disini.

TAHNIAH BRO... SEMOGA BERJAYA..

Tuesday, July 26, 2011

MENG"UPGRADE"KAN PEJALAN KAKI DI SEKELILING KOLAM

Bagi mencantikkan kawasan sekitar kolam ,laluan pejalan kaki di"upgred"kan. Sepatutnya disekeliling kolam perlu disimen tapi hal ini memerlukan ramai tenaga kerja. Makanya susun batu ajerlah.. Beli bata blok simen yang mampat satu pallet dan satu ela batu kelikir. Kaedah ini boleh menjimatkan tenaga dan duit, pasal takyah susah susah nak menyimen.. nak upah org... dan boleh buat sorang-sorang ajer.


GAMBAR SEBELUM
bahagian blakang

bahagian sisi (kanan)

cetusan idea bermula  dari bahagian depan

PERTENGAHAN
-peringkat mengangkat/menyusun/menstabilkan bata blok.
bahagian sisi (kiri)

bahagian blakang


bahagian sisi kanan


SETELAH SIAP
-proses mengangkat /menabur/menyelitkan batu-batu kelikir.
siap dibahagian blakang

siap dibahagian sisi

siap dibahagian sisi kanan

dibiarkan kosong (utk ditanam pokok pengaga dulu)


Beginilah hasil usaha yang dilakukan sendiri serta dibantu oleh anak dan isteri selama sehari..lepak oooo
p/s: esok kena demam urat(bisa sendi dan otot) terpaksa cuti meniaga selama beberapa hari..