Wednesday, November 24, 2010

MINI AQUAPONIK DIRUMAH (2)

mini aquaponik dirumah (2)
Untuk menyediakan mini aquaponik nie tak lama. Hanya seharian suntuk saja boleh siap.
Bila dah minat sekejap jer boleh jadi.


setelah siap sepenuhnya.



bahagian atas diletakkan pasu dan disemai pokok tomato,kesum dan cili.(peringkat percubaan).disertakan jugak pokok fern bagi memeriahkan suasana.

bahagian tengah diletakkan pokok aquatik yg hidup didalam air. disertakan jugak ikan-ikan yang kecil spt guppy.

bahagian bawah. kawasan kura-kura kecil melepak dan juga disemai pokok pengaga air.


1 2 3 4 5

Tuesday, November 23, 2010

MINI AQUAPONIK DIRUMAH




MINI AQUAPONIK

Masa banyak dihabiskan dirumah. Hanya seminggu sekali dua saja yang dapat meluangkan masa di kolam. Jadi, kegilaan terhadap air dan tumbuhan ini mini aquaponik dilakukan dirumah.

tempat utk dijadikan mini aquaponik.


aquarium dibuat sendiri utk dijadikan tempat meletak pasu-pasu semaian.

------------------SETELAH SEMUANYA SIAP-------------------------

Beginilah hasilnya.Terdapat 3 tingkat, diatasnya akan diletakkan pasu semaian.Dibahagian tengah di letakkan ikan-ikan kecil dan tumbuhan yg hidup didalam air. Dibawah akan dijadikan tempat lepak sang kura-kura.





PEMASANGAN SEMULA BUMBUNG YANG ROSAK

MEMASANG BUMBUNG

Sememangnya untuk berjaya dalam pelbagai bidang pasti ada rintangan dan halangan. Dan semestinya semua itu adalah ujian tuhan. Dugaan yang dihadapi perlulah ada kesabaran. Pasti setiap dugaan ada hikmahnya

Isteriku banyak membantu dalm segala hal. Dialah banyak memberi dorongan dan menaikkan semangat untuk menjayakan projek ini.

p/s. Jangan tiru aksi ini jika isteri anda seorang yang gayat.


(sebelum memasang bumbung) setiap tiang-tiang yang lama dan patah ditukar dahulu. Untuk mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku kembali.

segala kerja yang dilalukan bersama isteriku.

Sunday, November 14, 2010

KOLAMKU DILANDA RIBUT

RIBUT MELANDA
Inilah dugaan yang paling teruk dialami. Semuanya kehendak Tuhan terpaksa akur dengan apa yang berlaku.Bernasib baik tiada kemalangan yang melibatkan nyawa orang mahupun ternakan.
Kemusnahan teruk dibahagian bumbung melibatkan 4 batang tiang patah dan 1 tercabut.
Hampir semua tanaman aquaponik rosak,patah dan dibaham binatang (burung) serta serangga.







Friday, November 5, 2010

KRUSUS FERTIGASI (CILI DAN ROCK MELON)

Seramai 10 org remaja di Sungai Abong telah menjalani krusus ini.


-bertempat di Kawasan Projek Pertanian di Kluang, Johor.



Monday, November 1, 2010

DIANTARA SAYURAN YANG DITANAM.



Kebanyakkan SAYURAN yang ditanam adalah utk kegunaan harian. Tak payah nak pegi pasar utk membeli sayuran yang kecil kuantitinya. Hanya pembaziran tenaga dan minyak motor ajer. Jadi segala-galanya jimat.

pokok cili padi

lobak merah (baru seminggu)

kobis bunga(baru 7 hari)

pokok salad (5 hari selepas semai)

kangkung(dah 12 hari)
pokok kangkung antara yang mendominasi bahagian sisi kolam.
tujuan ditanam dgn banyak adalah utk memberi ikan talapia makan.jimat pallet aku

pengaga air (memang dah lama tanam) saja utk mancantikkan kawasan
kobis bulat (baru seminggu disemai)..

SEMUA tanaman ini adalah peringkat percubaan kedua. setelah gagal diperingkat pertama akibat tiada sistem pengaliran air yang baik, biji benih yang dibeli di kedai singgit(tiada kualiti)dan bekas yang tidak sesuai (tong polistrine).
jadi, bersama-sama kita nantikan hasilnya.

PENUKARAN TONG POLISTRINE KPD TONG BIRU



pada mulanya tong (polistrine)yg dibuang diguna semula tidak mendatangkan hasil. Tanaman langsung tidak memberangsangkan. Malah kebanyakan pokok mati akibat akarnya hancur kerana terlalu lama berendam didalam air.

harga sebijik tong biru hanya rm40 utk yg kecil dan rm50 utk sedang.
penggunnaan auto siphon dipraktikan(diajar oleh en affnan).
growbed(media) digunakan adalah leca(batu tiruan)dan batu-batu putih.

kekuatan pam air adalah 8ooo liter per hour dan dibahagiakan kepada 7 tong biru dan 16 buah pasu.

( gambar sblm pengantian tong biru)