Friday, October 22, 2010

GELAGAT DLM PEMBIKINAN KOLAM DAN PONDOK



Anakku perlu ditidurkan dulu ,jika tidak abis semua benda dia nak tolong.


ayah dan atok busu antara yg terlibat


setelah dia tidur baru ler senang nak buat semua kerja dgn sempurna.


berenang ,menyelam,berkubang dan menangkap ikan adalah hobbynya..



Thursday, October 21, 2010

kolam aquaponik( dlm pembikinan)

VIDEO SEMASA KOLAM AQUAPONIK DALAM PEMBIKINAN
Pembinaan kolam bukanlah mudah seperti disangka. Permodalan yang ciput menghadkan proses pembinaan . Ditambahkan dengan kekurangan tenaga pekerja yang berkemahiran. Dengan tekad dan keazaman utk berjaya,semuanya bisa diatur.


IKAN KETUTU


Penternakan ikan ketutu sememangannya menguntungkan tapi perliharanya tidak mudah. Banyak hal perlu diambil tahu dari segi kualiti air ,pemakanan,persekitaran sekeliling dan penyakit. Kolam yang dibina merangkumi semua aspek. Mengekalkan satu ekosistem yang sempurna tanpa mencemarkan alam sekitar. Membolehkan khasiat ikan yg diternak sama seperti habitat asal.

video ikan ketutu yg dijual semasa tahun baru cina 2010


Tuesday, October 19, 2010

IKAN TALAPIA DAN KETUTU DILEPASKAN.

-Sebanyak 60 ikan talapia dilepaskan (peringkat percubaan)
-gambar ikan ketutu memang tidak kelihatan kerana ikan ini memang suka menyorok dan tak mahu bergambar.
gambar ikan talapia diambil pada waktu mlm dan sebanyak 15 ekor telah terkorban dan dimakan oleh ikan ketutu.

9 BULAN SELEPAS KOLAM DISIAPKAN (MALAM)

-pokok pengaga air kelihatan subur dan didalamnya ada udang-udang kecil.

ini adalah tangki yg dibuang digunakan semula terletak diluar kolam.
didalamnya di letakkan ikan keli tapi hampir semuanya kojol disebabkan pH air terlalu tinggi.
dipermukaan air dibiarkan pokok kiambang kecil hidup bagi mengidupkan dan memulihkan semula ekosistem didalam air.

pasu kecil dikeliling kolam besar ditanam pokok sawi. Pokoknya agak mendukacitakan kerana biji benih mungkin kurang berkualiti. Pasal biji benih dibeli dikedai seringgit.keh keh keh.
-didalam kolam kecil diletakkan duckweed dan kiambang. ikan-ikan kecil diletakkan bersama..
tapi sekarang semua duckweed sudah tiada. akibat dibaham oleh ikan talapia yg terlepas.


pokok tomato yg ditanam di polistrine akan membesar dgn baik.
cuma benihnya dibeli ditempat murah(kedai singgit),pokoknya hanya berdaun saja.bunga dan buah tiada ,tinggi nya hampir 7 kaki.
Jadi, tanpa membuang masa saya cantas dan membuangnya saja.hampeh...


gambar diambil pada waktu malam

6 BULAN SETELAH KOLAM DIBINA

tong polistrine yg dibuang digunakan semula utk dibuat tempat semaian pokok.

-keliling kolam diletakkan pasu-pasu kecil.
saluran paip putih 4"ditebuk utk meletakkan pasu.
air dari kolam tengah akan mengalir kedalam paip tersebut.
lebihan air yg dipam akan disalirkan kedalam pasu empat segi.
tempat letak pasu tersebut di reka sendiri dari pintu bilik air yg dibuang.
kebanyakkan barang yg digunakkan diambil dari bahan terbuang...

Monday, October 18, 2010

PONDOK BURUK




Gambar asal pondok buruk yang hanya boleh memuatkan 2 org didalamnya. Disinilah tempat istirehat selepas berkebun.



Kawasan lapang inilah dahulunya dijadikan kawasan bermain meriam buluh.
disitulah tercetusnya idea untuk membina sebuah
KOLAM AQUAPONIK

SUMBER AIR DIUTAMAKAN
-calbart konkrik berukuran 12'x4' diperlukan













-cabaran mengorek tanah dan membuang akar pokok amat memenatkan.



KOLAM
-terbahagi kepada 2 bahagian
-belah "kiri" ada 4 bahagian berukuran 8'x4' dan
kanan ada 3 bahg. berukuran 8'5.5'.

-oleh kerana tak seorg pun pandai paster.. pembinaan secara konkrik dilakukan..
-proses pembinaan mengambil masa 3 bulan. mungkin agak lambat disebabkan kekurangan tenaga pekerja..


-Dibantu oleh kalangan keluarga sahaja.
-dulunya kawasan itu dipenuhi semak samun..
-hanya terletak di belakang pondok buruk.


Tapak pembinaan kolam..
-lokasi di Bukit Gambir,Ledang .Johor
-ukuran 30'x30' persegi.
-anggaran kos melebihi rm 8000
-tujuan dibina hanyalah "hobi" semata-mata.