Monday, July 24, 2017

PERSEDIAAN DAN PERCUBAAN AWAL UNTUK TANAMAN BONSAI

Bonsai? Sesuai ke aquaponik untuk TANAMAN BONSAI.? Ini adalah percubaan saja, Kalau jadi bolehlah kita kongsikan bersama. Tak salah mencuba , iyer tak?
Kalau tak jadi pun tak pe.. Growbed masih banyak lagi kekosongan.. 


jenis pokok : tak tahu.. tapi daunnya diramas menghasilkan bau seperti sabun lux.
lokasi cantasan : belakang kebun ( berhampiran reban ayam)
sifat tumbuhan: batangnya mudah patah (tua) dan mudah lentur (bila batang tunas muda)



Mendapat permintaan dari peminat bonsai, harganya boleh dikatakan lumayan juga. Maka, bertambah semangatlah untuk menjayakan eksperiment ni..

 yang nie sudah mendapat tempahan dari peminat tegar bonsai. Harap-harap  ianya dapat hidup subur hendaknya. Belum tentu hidup dah ada orang nak.. "untung jadi pokok"..

KELADI HITAM BERMAHARAJALELA

KELADI bila dah ditanam pasti akan membiak dengan cepat. Dia punya akar akan merayap habis satu tong biru. Kalau tak diambil atau dipindahkan leca akan melekat pada akarnya. Semestinya , kerja -kerja pembersihan amatlah menyusahkan.. Pasal dulu dah pernah terjadi dan kini kenalah beringat...
ini kalau masak lemak cili padi campur siput sedut,,.pasti meletop...pergh..

Kebiasaanya daun keladi dijadikan hidangan kepada sang ikan kaloi dan talapia. Isinya pulak dicincang dan direbus(kalu rajin) diberikan pada itik dan angsa. Bolehlah kurangkan kos makanan ikan.. Sekarang harga dedak dah rm 58 ringgit untuk 20kg. Mana boleh tahan..

baru satu growbed dah penuh satu tong sampah

dia punya isi dah sama beso buah betik.. buat pengat pun mashyukk..

Sunday, July 23, 2017

KEROSAKKAN PAM MENGAKIBATKAN KEMATIAN TANAMAN

Kerosakkan pam pasti akan berlaku , cuma yang tak tahu bila ketika ia nak rosak. Kalau ada tanda-tanda nak rosak kita dah boleh standby ataupun gantikan yang baru. Itulah salah satu masalah dalam sistem 4T(TANAM ,TERNAK,TINGGAL,TUAI). Pemautauan perlu ada setiap masa. 


kematian pokok selom(ulam)

masih lagi boleh disemai semula (yang belum kering sepenuhnya)

pokok beremi(ulaman) mati kering sepenuhya.


petola cina turut mati jugak

Buahnya saja masih hijau.itupun dah layu. nak masak pun dah tak sedap.


Kesibukkan semasa hari raya dan banyak perkara yang perlu dibuat sehinggkan tak sempat menjenguk kolam aku ini.

Wednesday, July 19, 2017

BANJIR KILAT 6/2017

BANJIR KILAT TIDAK DIJANGKA BERLAKU PADA BILA-BILA MASA.

  • SISTEM PERPARITAN YANG SEMPIT
  • TERLETAK DIKAWASAN TANAH RENDAH
  • HUJAN YANG TERLALU LEBAT


Mujurlah tiada kerosakan yang teruk ataupun kematian pada ternakkan. Cuma keceriaan kepada sang angsa dan itik sahaja buat seketika.. 
  


Itulah kehendak tuhan yang Maha Kuasa dan Mengetahui .Setiap apa yang diberikan pasti ada hikmahnya.

Tuesday, July 18, 2017

TEMPAHAN DAGING ARNAB

DAGING ARNAB
Bilangan arnab bertambah dari masa ke semasa dan pengubaisuai sangkarnya perlu dijalankan. Jadi, tawaran istimewa diberi kepada pelanggan yang mahukan daging arnab. Sempena sambutan Hari Raya saya mendapat tempahan . Harga untuk sekilo daging arnab cuma rm 15-20 ringgit sahaja.

penyembelihan dan melapah dilakukan

 Berat seekor arnab diantara 1.5 ke 2 kg sahaja. Spesis anggora dan lion head, nampak besar tapi ringan.




 Membersihkan/melapah daging arnab memerlukan skill dan pisau yang tajam. Nampak macam senang bila buat berpeluh jugak dibuatnya.

spesis bear antara yang paling susah untuk membuang kulitnya

siap sudah..