Wednesday, December 10, 2014

MAHA 2014

ACARA 2 TAHUN SEKALI.
MAHA 2014

   IMBASAN FOTO MAHA 2012                                            




IMBASAN FOTO 2010
         

PROJEK CUTI SEKOLAH (RECYCLE PLASTIC BOTTLE)

Bila cuti sekolah nie banyaklah projek yang dapat dilaksanakan.Lebih-lebih lagi ada pembantu yang dapat turut serta untuk menjayakan projek ini.
PENYEDIAAN BAHAN TERBUANG
Pelbagai botol plastik diperolehi dari kegunaan harian."BUKAN DIKUTIP DITEPI JALAN ATAUPUN DIDALAM TONG SAMPAH JIRAN SEBELAH".
Sukarelawan yang membantu  menjayakan projek ini




PENGASINGAN SAIZ/ RUPA BENTUK PLASTIK
Yang biasa digunakan adalah botol sos , botol air mineral, botol minuman berkarbonat ,botol sabun dan lain-lain. Kebiasaan botol yang bersaiz kecil dijual saja..
supervisor yang mengredkan jenis botol plastik



PENGUBAHSUAIAN BAHAN TERBUANG MENGIKUT KRETIVITI
Kebiasaannya botol sesuai untuk dijadikan pasu bunga saja kerana ianya mudah dilakukan.
aktiviti yang berfaedah yang dapat menjaga alam sekitar.

INILAH HASILNYA


YANG PASTI, APA YANG DIHASILKAN ADALAH JIMAT,MUDAH DAN MESRA ALAM.

Tuesday, September 30, 2014

RAGAM SI ANAK BERSAMA ANAK ITIK

Memandangkan itik  yang sedia ada sudah ditangkap untuk dijual dan anak itik baru digantikan semula.
Bukannya apa, cuma hendak menceriakan suasana didalam reban tu saja.

berat seekor hampir mencecah 5 kg

Hasil jualan untuk 2 ekor itik sama dengan harga seguni  dedak jagung hancur.

memula try rasa air pakai kaki dulu..sejuk ke tidak.

tetiba aje dah duduk dalam air.. tergelincir kot..
Mungkin bosan agaknya bermain sorang-sorang. Inilah peluang yang ada di kampung, kalau dirumah jangan haraplah dapat mandi didalam kolam.

video candid 

Sunday, September 28, 2014

UPDATE : KOMPOS

Proses pengomposan ini sememangnya memakan masa yang agak lama. Tapi lebih baik dari proses pembakaran untuk dijadikan tanah bakar. Lagipun tanah kompos tidak mencemarkan alam sekitar berbanding tanah bakar..
proses pengumpulan bahan terbuang spt rumput,kertas,bahan buangan dapur dll

setelah 5 bulan , proses pereputan berakhir
Agen yang membantu proses pereputan
ulat gendon nama diberi
bersedia untuk dijual
video tempat pengomposan

MEMBINA REBAN BURUNG DAN ARNAB DARI BARANG TERPAKAI


REBAN ARNAB DAN BURUNG
 
Kebanyakkan orang tidak tahu hendak memanfaatkan bahan buangan yang ada disekeliling kita. Cara yang paling mudah adalah menjualkannya ditempat kitaran semula. Yang untung siapa? orang pihak ketiga bukan.. Jadi, apa kata kita ubah minda kita kearah yang lebih ideal dan kreatif... Contohnya , saya gunakan katil besi untuk dijadikan reban.
separuh siap
BAHAN BUANGAN DAN TERPAKAI
  • katil besi (pemberian jiran sebelah rumah)
  • papan dan kayu lama
  • zink kilang 
BAHAN YANG KENA BELI
  • SKRU
  • JARING BESI
  • PAKU

SETELAH SIAP SEPENUHNYA
reban untuk arnab

reban untuk burung
Tidak susah mana pun janji ada usaha,kreatif dan inovasi... Pasti jadi...
kedudukan reban burung dan arnab yang terbaru.

Saturday, September 27, 2014

STRAWBERRY SEMAKIN MEMBIAK

STRAWBERRY

percubaan-menyemai-pokok-strawberi(post terdahulu)
Kebanyakkan orang kata pokok strawberry ini tidak sesuai untukditanam dikawasan tanah rendah. Namun begitu saya cuma mentranformasikan kawasan tanah rendah boleh juga hidup.

keadaan tidak terkawal, ada yang menjalar kebawah...
Bermula dengan tiga pasu sahaja, kini telah menjalar habis keseluruhan kawasan semaian, Pemindahan  anak-anak pokok strawberry perlu dilakukan dgn segera.

kesuburan yang tidak diduga.


Wednesday, September 24, 2014

LANDAK MINI

LANDAK MINI
Binatang ini baru saja 4 bulan dibela, kononnya nak di komersialkan. Baru bela sepasang aje, Pasal harga seekor landak mini  lebih kurang rm 150 sehingga rm 250 seekor. Memandangkan duit BRIM masih ada lagi, saya hanya mampu bela sepasang saja.,.



baru sahaja melahirkan 2 ekor anak

UPDATE PENGUBAHSUAIAN PONDOK

 PENGUBAHSUAIAN PONDOK
Projek nie sudah bermula pada bulan April 2014. usaha untuk pengubahsuaian amat lambat sekali, maklum ajelah kekurangan  tenaga kerja. "MAIN POWER" untuk projek ini cuma ayah saya seorang. Dia lah yang angkat kayu, dirikan tiang,tukang kayu dan sebagainya. Kami(adik-beradik dan ipar duai) cuma dapat membantu bila cuti sahaja. Bila masuknya bulan puasa segala aktiviti dihentikan untuk seketika.
Post yang terdahulu
Pondok asal

bumbung baru dinaikkan.



Demi keselesaan para pengunjung yang datang untuk menikmati keindahan semulajadi di kawasan kolam aquaponik ini. Disini juga terdapat 2 dua gazeebo dan beberapa reban ayam,itik,angsa dan arnab. Ditambahkan lagi beberapa ekor binatang ezotik iaitu landak mini dan ular sawa.. Kira dah macam mini zoo agaknya..

Wednesday, September 3, 2014

PENGUBAHSUAIAN PONDOK FASA 3

PENGUBAHSUAIAN PONDOK ASAL

meninggikan lagi bumbung yang sedia ada

pandangan  hadapan

pandangan keseluruhan



 PENGUBAHSUAIAN FASA KE 2
-budget pembinaan cuma bermodalkan kurang rm 500 sahaja.
-berbumbungkan zink biasa sahaja dan berdindingkan "ciling".
-memuatkan sebuah katil ,meja kecil dan tv.



PONDOK ASAL

Saturday, March 1, 2014

HASIL DARI TANAMAN SENDIRI (CILI)

INILAH HASILNYA..
 kisah terdahulu
Setelah 3 bulan disemai dibatas kompos kini sudah membuahkan hasilnya.

bumbung lama dijadikan kepungan,bagi mengelakkan dari kaisan ayam.
Terdapat 21 batang pokok cili, mungkin jaraknya terlalu rapat.
Coming soon boleh adjust.
ada subur ada yang kecut
Sistem siraman pula ada yang automatik dan manual.
--yang automatik adalah air kolam yang "overflow"akan siram dengan sendirinya.
--yang manual pulak ,sendiri mahu ingatlah.. jirus pakai air paip sudah...
sedang berbuah seminggu,dua boleh petik



CILI.. SEGAR DARI LADANG..
INILAH HASIL JIKA BERBUDI PADA TANAH.

Saturday, February 15, 2014

TUGASAN MUSIM CUTI SEKOLAH( disember 2013)

Inilah aktiviti dimusim cuti sekolah..
semaian dengan penuh kasih sayang

teknik yang betul



rehat sebentar..


atok gali lubang,cucu semaikan..