BATAS KOMPOS
Sebelum nie sudah buat batas kompos, tapi tiada masa untuk menjaganya. Maklum ajerlah terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan.
batas kompos yang terdahulu separuh daripadanya sudah tinggal kenangan.
- mula-mula kumpul botol sebanyak yang boleh. (botol dari kegunaan sendiri)
- lepas tu ,botol dipacak terlebih dahulu. hati-hati , kalau ketuk terlalu kuat nanti boleh pecah.
- bila dah siap, masukkan daun-daun kering,kertas ke, atau apa saja yang boleh mereput.
- selepas itu siram daun-daun kering dengan air mendakkan kolam . biarkan daun kering menjadi lembab.(dilakukan semasa pembersihan kolam).
- dah abis siram , tanamkan dedaun itu dengan tanah bercampur tanah bakar (sisa bahan pembakaran)
- kemuadian rata tanah tersebut dan dibiarkan selama beberapa hari. kena siram setiap hari sehingga ada keluar rumput (tumbuhan yg hidup).
- ratakan lagi dgn tanah sekiranya ada permukaan tanah tidak rata. nak bagus lagi siram dgn EM (efektif mikroorganisma) mencepatkan proses pereputan .
- memandangkan masa untuk penjagaan batas ini terlalu terhad, kaedah pembungkusan plastik hitam(silver shine) dilakukan. memudahkan kerja penjagaan.
hasil sampingan semasa pembersihan batas |
SETELAH SEMINGGU