Tuesday, February 26, 2013

TANAMAN AQUAPONIK:PERIA

PERIA
  Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan salah satu penyakit yang semakin banyak dihidapi oleh masyarakat kita . Kini aku pula telah disuspek mengalami penyakit ini. Orang kata ,kalau makan buah peria ini boleh menurunkan paras gula dalam darah..so, banyak-banyaklah makan buah peria..

baru disemai kurang seminggu yang lalu
 

ss

Thursday, February 21, 2013

TANAMAN KOMPOS : TONG CAT TERPAKAI

TANAMAN KOMPOS
Kompos adalah  sejenis baja semulajadi yang terhasil daripada proses pereputan bahan. Contohnya seperti  sisa tanaman, sisa dapur,kertas,mendakkan air kolam dan bermacam-macam lagi.
Bagi saya semua bahan yang ada perlulah dikitar semula, sayang jika dibuang begitu saja.

Daun yang sudah dipotong / cantas digunakan dalam pembikinan tanaman kompos nie.

dahulunya tong ini disi penuh,

kini telah susut hampir separuh kerana proses pereputan telah berlaku
Setiap sejam selama 15 minit air akan dipancutkan kedalamnya.Bertujuan untuk melembabkan dan mencegah dari kemasukkan sang semut.
sudah disi semula
bahan-bahan yang terkandung didalamnya adalah
  • daun-daun kering
  • kertas suratkhabar
  • kotak kertas
  • serbuk teh
  • sedikit tanah
air dari kolam disalirkan kebahagian tengah

Last sekali, disikan/disiramkan dengan kotoran kolam (sludge).


kesuburan pokok strawberry
Inilah hasilnya... kesuburan yang ketara.

Yang pasti didalam tong ini terdapat cacing-cacing yang sedang berkerja. Kerjanya makan apa saja yang ada.

Tuesday, February 19, 2013

Pengubahsuaian "tempat tanaman kompos"

Barang terpakai(tong polistrine) semakin bertambah, maka pengubahsuaian perlu dilakukan. Demi menjimatkan ruang dan kawasan segalanya perlu dirombak semula. Tong polistrine diubah serta ditambah dan diletakkan kedalam kolam kanvas. 


SEBELUM PENGUBAHSUAIAN
 DALAM PROSES PENGUBAHSUAIAN
keadaan kawasan bersepah-sepah




 SELEPAS PENGUBAHSUAIAN
disusun dengan teratur bagi memudahkan kerja


air kotor dari kolam disalirkan
 

 secara tak langsung air yang kotor akan tertapis
 



HASIL TANAMAN : TIMUN DAN TOMATO

HASIL TANAMAN AQUAPONIK

TIMUN
tempoh penanaman: lebih kurang 1 1/2 bulan
masalah : tiada





TOMATO
tempoh penaman : lebih kurang 1 bulan
masalah; serangan serangga (aphids)

ditanam didalam salur air terpakai

nampak sihat tapi ada gangguan serangga



MENGAWAL DAN CARA MENGHAPUSKAN BENA PUTIH (APHIDS)

POST TERDAHULU (serangan aphid) 

Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut(herba). Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina.Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.

Ada pelbagai racun dipasaran untuk membunuh kutu daun ini seperti bifenthrin dan malaxion namun racun serangga ini tidak selamat digunakan keatas tumbuhan yang boleh dimakan. Selalunya kita perlu menunggu lebih dari 10 hari sebelum mengambil tumbuhan untuk dimakan selepas dirembur dengan racun serangga.

Adalah lebih selamat jika kita menggunakan kaedah kawalan biologi ataupun menggunakan bahan semulajadi untuk memerangi serangga ini. Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci pakaian dan minyak masak.Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini kedalam botol penyembur dan titiskan beberapa titis minyak. Semburkan air ini pada tumbuhan yang dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan.Anda akan dapati bena akan berkuranga dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa kali.

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti diatas. beberapa jenis minyak seperti minyak neeem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini.

Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk menghapuskan serangga ini.Jika terdapat mentadak dalam taman anda biarkan ia disitu kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang lazat bagi mentadak.Ladybird(Hippodamia convergens) , sejenis kumbang berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena.Selain dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan menolong anda menghapuskan si bena putih. (Awas - Kumbang Tanduk pula merupakan ancaman kepada pokok kelapa)
Jika anda ada cara lain untuk menghapuskan bena putih, sila kongsi bersama kami

Wednesday, February 13, 2013

SERANGAN SERANGGA(AFHID) TERHADAP POKOK CILI

Dalam diam ajer serangga ini telah bertapak/membiak dipohon cili aku. Urgh... geram betul dibuatnya. Jalan penyelesaian yang segera adalah hanya spray air bercampur sabun ajer. Langkah seterusnya, pergi kedai beli racun serangga.


tidak dapat diselamatkan lagi


selepas disembur dengan air + sabun



sebelum disembur.




KEMATIAN IKAN CARP DAN KOI

Kematian ikan ini disebabkan kekurangan oksigen dalam air. Punca yang paling ketara sekali adalah penambahan air dari air perigi yang berlebihan. Sebanyak 6 ekor ikan kap rumput, 3 ikan koi dan beberapa ekor ikan talapia mati.

kematian yang tidak diduga.

Tuesday, February 12, 2013

IKAN TALAPIA DIJADIKAN HIDANGAN KENDURI

Masih lagi bersedih apabila mengenangkan kisah silam arwah atok. Namun begitu, setiap yang hidup dimuka bumi Allah ini pasti akan mati. Kita patut reda diatas pemergiannya. 

Ikan talapiah merah dijadikan hidangan sewaktu jamuan kenduri arwah atok.

hasil tangkapan
proses pembersihan
rewang bersama adik ipar.




ATOK AKU TELAH MENINGGAL DUNIA.

KEMIN BIN MUSA

(AL FATIHAH)

KEMIN BIN MUSA

 
BERSAMA CUCUNYA

Beliau telah meninggal dunia pada 7/12/2012.(Jumaat petang)
Bermungkinan besar beliau meninggal akibat sakit tua. Meninggal pada usia 86 tahun.

KENANGAN BERSAMA ARWAH ATOK



bersama-sama meraikan majlis perkahwinan

sewaktu hari raya

berhari raya bersama-sama

menziarah ke rumah pakcik

SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG -ORANG YANG BERIMAN. 
AMIN...


TEST MAKAN IKAN JELAWAT


IKAN JELAWAT.

Bela hampir 6-8 bulan.
Pemakanan  ikan dari pallet dan lumut disekeliling kolam.
Harga dipasaran .. tak pasti..

proses pembersihan.

hasilnya