Sunday, November 10, 2013

SET AQUAPONIK HANGAT DIPASARAN

HANGAT LAH SANGAT...
 Bukan senang nak bikin dik..Nak kena "setup" betul-betul.. Ini batu(leca) kena import... itulah kata-kata salah seorang peniaga di mini expo pertanian...Ketika itu saya hanya mampu tersenyum sahaja..


Ilmu yang disampaikan lebih berharga dari wang ringgit. Segala tunjuk ajar perlulah ikhlas bukannya keuntungan duniawi semata-mata. Bukan tak boleh nak berniaga, Tapi biarlah berpada-pada.

Saturday, October 19, 2013

TEST BELA UDANG GALAH PULAK

UDANG GALAH
Baru-baru ini sudah terjebak/ketagihan dengan hobi baru iaitu memancing udang. Dahulunya memancing parit ataupun sawah kini sudah beralih kepada sungai pulak.Kira dah advance sikitlah..hehehhe..
Terasa pulak hendak membela udang galah di kolam,mana ler tahu boleh membiak ke... Tak salah kalau nak mencuba.. iyer tak? Kalau mati terus masuk kuali... kalau hidup, Alhamdullilah...

Persediaan awal 
  • kena sediakan kolam/tempat yang khas untuk udang saja. Pengasingan ikan -ikan besar perlu dilakukan
     
  • bahan-bahan untuk membuat kurungan (supaya tidak lari)
    jaringan plastik
    batang paip yang terbuang
    • setelah siap
      tempat sembunyi diperlukan

      udang memerlukan udara/oksigen yang cukup
  • udang galah
    udang galah mau carik port sembunyi
    TAK SALAH KALAU MAHU MENCUBA..

TEMPAT MENG"KOMPOS"KAN BAHAN TERBUANG






KOMPOS
Kompos adalah hasil penguraian bahan terbuang yang mereput secara semulajadi. Di tambahkan lagi segala jenis mikroorganisma terhasil dengan sendirinya yang dapat mempercepatkan proses pereputan Pengomposan adalah proses dimana bahan organik mengalami penguraian secara biologi,. Membuat kompos adalah mengatur dan mengontrol proses alami tersebut agar kompos dapat terbentuk lebih cepat. Proses ini meliputi membuat campuran bahan yang seimbang, pemberian air yang cukup, pengaturan pengudaraan, dan penambahan bahan aktif untuk pengomposan (najis haiwan).
Sampah terdiri dari dua bagian, yaitu bagian organik dan anorganik. Rata-rata persentase bahan organik sampah mencapai ±80%, sehingga pengomposan merupakan alternatif penanganan yang sesuai. Kompos sangat berpotensi untuk dikembangkan mengingat semakin tingginya jumlah sampah organik yang dibuang ke tempat pembuangan akhir dan menyebabkan terjadinya pencemaran bau. Melihat besarnya sampah organik yang dihasilkan oleh masyarakat, terlihat potensi untuk mengolah sampah organik menjadi pupuk organik demi kelestarian lingkungan dan kesejahteraan masyarakat.

tempat kompos bahan terbuang






Bahan buangan yang selalu digunakan

  • serbuk teh dan kopi
  • kulit telur
  • bahan buangan dari dapur
  • kertas,tisu dan kotak telur
  • daun-daun dari cantasan pokok 


tempat kompos baru




Thursday, September 26, 2013

MENGUJI TAHAP KEASIDAN AIR KOLAM


Sudah menjadi fitrah alam,air menjadi suatu sumber keperluan hidup manusia,haiwan tumbuhan dan sebagainya. Kemudahan yang dianugerahkan dari Illahi bagaikan tidak terhitung nikmatnya. Air yang bersih perlulah dirawat sebelum digunakan. Di kolam aquaponik ini terdapat 3 sumber air yang datangnya dari..
  • air paip      30%
  • air hujan    10%
  • air perigi    70%
 Air dari perigi adalah diutamakan penggunaannya kerana mungkin  jimat dan mudah dikendalikan. Namun begitu air didalam tanah mengandungi keasidan yang tinggi dan perlu di"neutralkan "terlebih dahulu.
perjalanan air perigi ke dalam kolam utama

UJIKAJI PEMERIKSAAN AIR DIJALANKAN.

pelbagai jenis air yang diambil dikawasan berasingan

air di dalam perigi terlalu berasid.
  • tidak sesuai dimasukkan terus kedalam kolam. 
  • perlu simpan ditangki 1  terdahulu, untuk proses pemendakkan kekotoran   
penurunan pH berlaku setelah air perigi dimasukkan kedalam kolam kanvas.
  • dikolam kanvas, dimana percampuran air hujan,air paip dan air perigi berlaku.
  • pemantauan tahap keasiadan air dengan maenggunakkan aikan yang sensitif terhadap air seperti ikan kap rumput 
ternyata air didalam kolam utama adalah neutral
  • TIDAK  perlu risau tentang air yang mengandungi klorin lagi
  • TIDAK  perlu bimbang tentang kematian ikan terhadap kualiti air

Sunday, August 25, 2013

KEROSAKAN PAM DAN AUTO SUIS

Buat masa sekarang ini , di kawasan ini berlaku kekurangan hujan. Maka "water supply " dari perigi  mengalami kekeringan air. Apabila air perigi sudah kurang,maka air kolam pun turut berkurangan juga.
Bila air kolam sudah kering , pam air akan menjadi bakal menjadi rosak. 
So, pemantauan segera dilakukan.
pam yang rosak dan tidak boleh dibaiki lagi
PAM AIR YANG BARU 

 HARGA : RM 210
BUATAN :CHINA
KUASA PANCUTAN: 8000 LTR/JAM
KUASA ELEKTRIK: 120 WATT
JANGKA HAYAT: ENTAH LER


SUIS AUTOMATIK 
mengawal paras ketinggian dan kekurangan air.
  • bila air penuh ia hidup
  • bila air kurang ia mati
HARGA : RM 50
ADA JUAL DIKEDAI HARDWARE


KOPAK DUIT AKU..
Setelah siap pemasangan auto suis dan pam air


CUCI GROWBED..

Inilah rutin tahunan yang paling memenatkan. Kali terakhir cucian ini semasa penukaran bekas polistrine kepada tong biru..mungkin sudah 2 atau 3 tahun lepas.
Kotoran yang ada didalam ini sudah menjadi tepu dan diselaputi dengan lumut hijau. Ini adalah penyebab utama proses kekurangan pengoksigenan didalam "growbed". Serta menyekat /menghalang air keluar  ke dalam kolam.

dipenuhi dgn sisa buangan ikan dan lumut

sebelum di bersihkan


diasingkan sebelum dicuci
cucian dilakukan secara manual.
dibantu oleh isteri

memang memenatkan
penyusunan semula dilakukan dan memperbaiki "auto siphon".

setelah dicuci

setup semula growbed
terdapat kerosakan pada siphon

guna botol untuk buat cover auto siphon
Sebanyak 12 growbed yang perlu dibersihkan. Yang larat setakat ini baru 6 growbed saja.

Sunday, July 21, 2013

MENGREDKAN IKAN TALAPIA

IKAN TALAPIA

  1. Air di dalam kolam perlu dibuang  terlebih dahulu.
  2. Setelah airnya 1/4 dari kolam, perhatikan sekelilingnya tiada anak ikan yang baru menetas.
  3. Memilih yang bersaiz sederhana saja,jika besar boleh dijadikan induk.
memilih yang bersaiz sederhana saja utk dijual


terdapat 3 jenis ikan talapia iaitu hitam ,merah dan kacuk

  • Ikan yang bersaiz kecil diasingkan dan diletakkan kedalam kolam yang lebih besar.
pembantu  yang setia
  • pemilihan induk yang sesuai dan sihat
ikan yang matang dan boleh di"ngawan"kan
  • Setelah siap kerja -kerja pengasingan , proses pembersihan kolam dijalankan.
      • mencuci sekeliling kolam (buang lumut)
      • periksa permukaan lantai kolam(retak)
      • kutip segala benda yang ada didalamnya (leca,batu,ranting dll)
dianggarkan 700-800 gm seekor

Wednesday, July 3, 2013

PROJEK TERBARU- TONG BIRU UNTUK TANAMAN AQUAPONIK (PART 2)

HARI KEDUA
Pemasangan paip pada setiap tong biru. Tugasan ini mungkin memakan masa sedikit , perlu teliti dan diukur dengan betul. Jika guna kaedah" agak agak" pasti akan berlaku pembaziran paip. Setiap pemasangan paip ini, saya tidak menggunakan gam paip. Seandainya, ada perubahan soket yang ada boleh digunakan semula.




SETELAH SIAP
bersedia untuk diuji
MENGUJI TAHAP AIR
air disalirkan kedalam tong

mengukur tahap ketinggian air




PROJEK TERBARU- TONG BIRU UNTUK TANAMAN AQUAPONIK

TONG BIRU (CHEMICAL )
Hasil sumbangan dari bapak sedara. Diberikan secara percuma bagi menyokong usaha "kitar semula" dari hasil bahan buangan. 
HARI PERTAMA
sebanyak 10 biji  tong biru diberikan
dipotong terdahulu .kemudian cuci sebersih yang mungkin
penyediaan tapak

menyediakan tempat untuk meletak tong-tong biru

disusun terlebih dahulu
direndam semalaman dan cuci hingga bersih