Monday, September 24, 2012

KOLAM KURA-KURA 2

UPDATE GAMBAR
PANDANGAN SISI
 PANDANGAN ATAS
 PANDANGAN SISI


KEHILANGAN AIR KOLAM

KEHILANGAN AIR KOLAM

Perkara seperti ini perlu pantau dengan segera.Bagi mengelakan kerosakkan pam air, penambahan kos air dan paling teruk sekali kematian ikan dan juga tanaman.


pam tidak berfungsi

kelihatan air terlalu cetek,

  • KEBURUKAN
  • apabila air kurang dari aras sepatutnya "pam automatik" akan terhenti.
  • pam air yang menggunakan "timer" akan menjadi rosak.
  • jika pam tidak berfungsi, maka tiada kitaran air yang membawa oksigen untuk ikan.
  • jika ikan mulai mati, maka tersebarlah jangkitan penyakit pada ikan-ikan yang lain
tahap kedalam air sepatutnya antara 2-3 kaki

kekotoran dan mendakkan air terserlah
  • KEBAIKAN
  • dapat mencuci semua kolam
  • bila air kurang ,mudah untuk membuat pengasingan ikan dari segi spesis dan pemtumbesaran ikan
  • pemantauan terhadap keretakkan kolam.

kolam kanvas turut terjejas
KEHILANGAN AIR KOLAM DISEBABKAN
  • keretakkan permukaan kolam
  • pam air rosak
  • tiada/terputus  bekalan elektrik
  • pemasangan paip tercabut

KOLAM KURA-KURA

KURA-KURA

Bukan saja bela ikan adalah hobi aku..kura-kura pun ada jugak.. Hendak dikirakan mungkin melebihi 15 ekor. Tapi hampir kesemuanya mati semasa tempoh penjagaan dan ada jugak terlepas lari.

apa yang penting...kerja sama......
anakku bersedia memberi kerjasama.

Nak dijadikan cerita, kura-kura yang ada nie adalah dari hasil pancingan aku. Nak dilepaskan pula rasa kesian pulak pasal mulut masih terkoyak . So, dirawat sementara waktu dan ditempatkan dikolam semulajadi yang direka sendiri.

 Anak aku yang beria-ia sangat suruh buat kolam ini. 

siap berposing lagi..
Kebanyakkan bahan yang digunakan dalam pembinaan kolam ini dari bahan terbuang. Contohnya tong polistrine(sebagai kepungan) ,botol (sebagai penghalang runtuhan tanah), penutup tong politank(sebagai takungan air), cermin aquarium(sebagai penghalang kura-kura memanjat).

terhasil dari bahan terbuang
    APA YANG PENTING...
  •  air sentiasa bertukarganti yang datangnya dari overflow air kolam ikan.
  • sekiranya ikan yang ada didalam kolam mati, dijadikan santapan sangkura.
  • sekeliling kolam ditanam dengan kangkung bagi memastikan makanan sentiasa ada.
  • sebuah lanskap yang indah.

HASIL TANAMAN: LABU

LABU.
Kali ini hasil tanaman (labu) cukup membanggakan kerana tiada gangguan makhluk perosak. Dahulunya ditanam di batas kompos hasilnya kurang baik dan ditambahkan pula dengan kecurian oleh sang kera.
Kini batas kompos sudah tiada lagi.. tak larat nak jaga..
ditanam didalam kawasan kolam(greenhouse). dgn menggunakan kaedah aquaponik.

Cukup untuk dimakan oleh seisi sekeluarga dan jiran tetangga.
JIMAT MEMANG JIMAT. 


Thursday, September 13, 2012

KENANGAN BERSAMA ATUK BUSU

AL FATIHAH KEPADA ATUK BUSU.

Telah meninggal dunia pada 5 Sept 2012. Bermungkinan kematian beliau akibat serangan jantung setelah pulang dari kerja. Selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bakri batu 6 Muar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman.. amin...




Jasanya dalam pembikinan kolam aquaponik amat besar sekali.. Segala pandangan dan ideanya dikongsi bersama bagi menjayakan rumah/kolam ini. Bermula dari tapak binaan sehinggalah terdirinya sebuah rumah besertakan kolam. 





JASAMU TETAP DIKENANG SELAMANYA..





RAKAMAN TERAKHIR BERSAMANYA