Monday, April 16, 2012

HASIL PANCINGAN (SEPAT SIAM)

Pada mulanya memancing nie adalah hobi masa lapang ajer.  Kalau sekali pergi hanya sejam setengah boleh dapat lebih kurang 50 ekor memanglah lumayan. Sekarang nie sudah jadi macam kerja harian pulak. Pasal apa permintaan terhadap ikan sepat siam memberangsangkan dan harga bolehlah tahan.

saiz macam nie saya jual singgit setengah seekor.

kalau nak beli banyak kira 12 inggit sekilo(ada beso ada kecik)
Ikan sepat nie mudah mati jika tercedera ataupun sisiknya terkopek. Yang mana yang dah nak mati diasingkan dan dijadikan hidangan sang kelisa,ketutu dan haruan.

pengasingn sepat siam dan sepat ronggeng

amacam lumayan tak hari nie punya hasil.

Monday, April 9, 2012

BUMBUNG KOLAM MENGALAMI MASALAH

Inilah masalah yang paling ditakuti apabila menggunakan plastik "greenhouse film". Jika air hujan mula bertakung inilah jadinya. Takungan air nie boleh menyebabkan kekuda bumbung patah dan lagi teruk plastik akan koyak..
pandangan dari hadapan

Maklum ajerlah kerja-kerja pemasangan bumbung ini dilakukan sendiri tanpa bantuan dari pihak yang pakar. Lagipun ,untuk membina sesebuah (greenhouse) bukannya murah. Kebanyakkan bahan yang ada disini dari bahan terbuang dan dikitar semula.
masalah yang serius,jika dibiarkan

Plastik yang digunakan ini sememangnya tahan lasak. Cuma harganya saja yang agak mahal sikit. Menurut kata tokey tu,plastik nie bolah tahan selama 2 atau tiga tawun.kalau lu pakai besi itu tiang boleh pegi 4 atau 5 tawun. tapi lu guna kayu wa takde gelenti  lor..
takungan air ini boleh meruntuhkan bumbung kolam
kesimpulannya, pemantauan terhadap takungan air perlu diperhatikan selalu. Mungkin penambahan kayu atau rentangan dawai diperlukan. Selebihnya berserah kepada Tuhan.
pandangan sisi