Thursday, March 29, 2012

TALAPIA TELAH MENGELUARKAN HASILNYA

Ikan talapia sememangnya mudah dijaga serta mudah membiak secara semulajadi. Tapi pemantauan terhadap kebersihan kolam dan kualiti air perlu dijaga. Penyakit berjangkit mudah merebak sekiranya ikan itu tercedera atau luka. Bila nampak lain macam jer,sila kuarentinkan.

ikan bersaiz pra matang. dah boleh dibiakkan.
Penggunaan makanan secara pallet hanya sekali sahaja sehari dan selebihnya adalah makanan semulajadi. Duckweed adalah kegemaran utama ikan talapia selainnya lumut ditepi kolam..


pemilihan induk yg besar digunakan utk pembiakkan.
Pembebasan anak ikan dilepaskan dari si ibu.Sungguh Menakjubkan..

baby talapia.
saksikan secara langsung pelepasan anak ikandari mulut ibunya

PERCUBAAN MENYEMAI POKOK STRAWBERI

Kebiasaannya pokok strawberi ditanam dikawasan tanah tinggi sahaja. Sifat ingin mencuba sesuatu yang baru menanam dgn kaedah aquaponik dilaksanakan. Hidup atau tidak...bersama-sama kita nantikan.


beli 2 pasu tapi satu dah kojol.

Pokok strawberi yang dikirim dari sahabat yang datangnya dari Cameron Highland. Dijadikan bahan ujikaji kali ini.

pemindahan anak benih baru kepasu yang lain

Wednesday, March 28, 2012

GELAGAT ANAKKU DIMAJLIS MAULUDIRASUL (1433H/2012)

Majlis MAULUDIRASUL 1433H/2012 telah diadakan pada hari ini. Aku sempat meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini. Disini juga aku dapat menyaksikan dan diperdengarkan alunan nasyid yang disampaikan oleh anakku bersama rakan- rakannya.

kumpulan nasyid dai tadika sri intan

buah hati ku....
Apa yang disampaikan,bukanlah sehebat mana..tapi ianya cukup membuatkan aku terasa bangga.
Semoga Berjaya Wahai Anakku.


nasyid yang dipersembahkan.

PENGUBASUAIAN BUMBUNG KOLAM DAN SEKITARANNYA

Setelah 2 tahun kolam dibina terdapat banyak masalah yang ditempuhi. Maka, pengubahsuaian dan penukarkan bahan perlu dilakukan.
  • terdapat dua tiga batang tiang mulai mereput (perlu ditukar dgn segera)
  • penambahan kekuda(bumbung) dari 4 kepada 6 batang.
  • menukar net hitam kepada "greenhouse film" (bumbung plastik).
  • membersihkan dan melebarkan kawasan sekitarannya.
  • memperbanyakkan lagi perangkap tupai dan tikus.

    TRANFORMASI BERMULA...

    beginilah rupanya bila bumbung kolam dibuka

    bahan binaan yang perlu ditukarganti.



    Pembantu yang setia.


    mengukur dan mengunting "greenhouse film".
    Menggunakan greenhouse film ini banyak gunanya.
    • kayu yang digunakan sebagai tiang sentiasa kering dan tidak mudah mereput.
    • bila hujan masih boleh lagi bekerja dibawahnya.
    • limpahan air(overflow) didalam kolam boleh dikawal .
    • serangan serangga juga boleh dikawal.

    KERJA-KERJA PEMASANGAN BUMBUNG DILAKUKAN BERSAMA ISTERI SAHAJA.





CICAK TOKEK!!!....

Peristiwa menangkap cicak ini pasti mengemparkan dan mengembirakan. Pasal apa, dahulu pernah meletop cerita tentang cicak TOKEK ini dan kononnya sesiapa yang ada pasti akan menjadi kaya sekejap. Namun begitu,apa yang diharapkan menjadi punah. Setelah diteliti dan diamati ianya seekor anak BIAWAK..

DITANGKAP DITIMBUNAN KAYU..

CICAK TOKEK BERTUKAR MENJADI BIAWAK.

 

Kalau ler betul itu seekor CICAK TOKEK sapa yang nak beli ekk...