Wednesday, June 29, 2011

KEUNIKKAN KUPU-KUPU TANDA KEBESARAN ALLAH..

KUPU-KUPU
corak yang menarik

seperti kapalterbang perang (celoreng)

PEMBIKINAN BATAS-BATAS BARU (fasa 3)

Bila percubaan pertama membina "batas lestari" mula menampakkan kejayaanya. Disamping itu juga ,saya dapat  mengetahui apa kesilapan,kesusahan dan kepayahannya .Maka terbinalah batas-batas yg baru yang diusahakan sendiri tanpa bantuan org lain.Sememangnya usaha ini nampak berbeza dari yang lain namun kepuasan diri dapat dirasai..
gambar sebelum

bangun pagi gosok gigi,
sarapan terhidang sudahlah pasti,
tanah kosong masih luas lagi,
projek susulan akan menanti.

sayang rasanya bila tanah dibiarkan begitu saja
Beginilah bentuknya batas yg diusahakan, campuran  bahan kompos,tanah bakar,dan najis ternakan  diletakkan didalam. Kemudian di selubungi dengan plastik hitam(silver shine) bagi menggelakkan rumput tumbuh disekeliling tanaman dan menjadikan kawasan didalamnya sentiasa lembab.
setelah siap,batas dibungkus dan dilubangkan.
OLEH KERANA TERLALU OBSES TENTANG AIR DAN TANAMAN
maka terbinalah satu lagi batas lestari
sambungan dari batas yg kedua

kolam tanah yg dikorek dijadikan kawasan himpunan anak-anak ikan yg terlepas keluar dari air limpahan (overflow).
kolam tanah yg dikorek sedalam 1 1/2 kaki


PANDANGAN KESELURUHAN


SIKIT-SIKIT,LAMA-LAMA JADI BUKIT.
tak gitu?...




Thursday, June 23, 2011

GELAGAT PEMANCING.

Sekali-sekala pergi memancing memang seronok, ditambahkan lagi dengan keriangan anak.. Ada kalanya umpan susah nak mengena disebabkan anak aku nie suka buat bising.. Jadi, bersabarlah..

si ibu sibuk melayan karenah anak..

Lokasi: KAWASAN "SAWAH RING" LEDANG,JOHOR.
tempoh perjalanan dari rumah(bukit gambir) cuma kurang 15 minit.
kita tengok sapa dapat dulu, anak atau mak...
Pada mulanya aku kurang berminat tentang aktiviti memancing nie. Pasal memancing nie kena ada kesabaran yg tinggi,masa yang terlebih,dan tahan dari gigitan nyamuk dan agas.. Tapi sekarang sudah tidak peduli lagi tentang itu semua kerana asal aku try mancing pasti ada hasilnya...so, kemaruk sudahhh..

ini adik aku. mentor dalam bidang memacing.

Tuesday, June 21, 2011

HASIL DARI TANAMAN

POST SEBELUMNYA
update-tanaman-kompos 1
update-tanaman-kompos 2
Inilah hasil sayuran dari batas yang pertama.
2 biji bendi diambil.(buah sulong) dan beberapa batang kacang panjang


bendi
lihatlah kepanjangannya.. jika dibiarkan seminggu lagi,mungkin besarnya menyamai botol 100 plus nie.
dijadikan hidangan sekeluarga.
Hasil dari tanaman sendiri dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian dan kesegarannya terjamin. Maklum ajerlah  sekarang nie kan  semua barang dah mula naik..

UPDATE: TANAMAN KOMPOS 2

Beginilah keadaan batas yang kedua.
Setelah seminggu pokok tomato disemai,kini telah membesar dgn sempurna.. tiada lagi makhluk perosak menodainya.Diharap ianya berkekalan sehingga selama-lamanya..


POKOK TOMATO



POKOK CILI

terdapat juga pokok tomato yg disemai terdahulunya mati.. kini digantikan dengan pokok cili.

Wednesday, June 8, 2011

JERATKU SEMAKIN SESAK

Musuh (monyet) yang dikehendaki telah berjaya ditumpaskan akhirnya. Kini bolehlah aku  menarik nafas lega buat seketika. Menurut kata org tuaku sudah seminggu keadaan kebun menjadi aman tanpa gangguannya.

monyet sememangnya sensitif terhadap cuaca. cara membunuhnya dgn cepat hanya dgn menjemur ditengah panas. masanya kurang sejam saja gerenti kojol..
pada mulanya umpan yang diberikan hanyalah sesisir pisang...jumlah tangkapan kurang memberangsangkan
ditukar kepada sebungkus roti yang dah expired... jumlah tangkapan amat menakjubkan..
sehari boleh dapat 8 ekor tuh...
beginilah caranya untuk mengelakkan diri dari kepanasan. padan muka nko..
Jumlah keseluruhan tangkap pada minggu ini (akhir bulan mei) sebanyak 17 ekor. Seramai 4 ekor mati ditempat kejadian(dlm sangkar).. Kesemua makhluk perosak itu diberikan kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Perhilitan. Katanya dilepaskan semula dihabitat asalnya ataupun ditembak mati mandatori...

p/s. gambar kurang memuaskan

Tuesday, June 7, 2011

PEMBIKINAN BATAS-BATAS BARU

Membina batas baru bukanlah perkara yang mudah ianya memerlukan tenaga dan usaha yang berterusan. Saya jadikan usaha ini sebagai satu aktiviti yang dapat memberi manafaat pada diri dan keluarga. Selain itu, hasil dari tanaman dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan semasa... 


batas kompos yang baru dihasilkan dan sekelilingnya diletakkan botol-botol terbuang(elak dari tanah terburai)
 
dibahagian tengah dijadikan kawasan takungan. seandainya anak-anak ikan tersedut keluar ianya masih dapat diselamatkan lagi...
dibiarkan utk beberapa hari. sekiranya ada kebocoran keliling kawasan itu akan menjadi lembab.

benih tomato sudah mula bercambah.

Sayang rasanya jika air dibuang begitu saja.. dan inilah jalan penyelesaianya.

coming soon


UPDATE: TANAMAN KOMPOS

Hampir 2 minggu berlalu barulah kali ini dapat meng"update"kan blog. Maklumlah pc masih belum dibetulkan lagi dan Ringgit masih belum mencukupi.
Tanaman kompos yg diusahakan telah membuahkan hasilnya. Memang benar hasil dari pembuangan sisa dari kolam (air kotor) ada faedahnya.
gambaran paip limpahan air kotor yg disalirkan.
sekiranya air didalam kolam penuh, air lebihan akan menyirami kawasan tanaman kompos.
DAN HASILNYA
(pokok bendi) lihat saja daunnya sebesar penutup tong sampah.

kesegaran pokok yang ditanam sudah cukup memberi kepuasan diri.
Mungkinkan buah yang dihasilkan sepanjang satu kaki? kekeke.... bersama-sama kita nantikan..