Wednesday, March 30, 2011

update: kolam

Menyelengara sebuah kolam bukanlah mudah seperti disangkakan.Ditambahkan dengan ketiadaan masa,tenaga kerja dan paling penting adalah kewangan yang ciput.Berkonsepkan "asal boleh" itu boleh mendatangkan masalah pada akhirnya..Jadi,kesimpulannya kena ada perancangan sebelum melakukan sesuatu kerja.Dan paling penting "belum cuba belum tahu".

Sunday, March 27, 2011

update. tanaman kompos

Kebanyakkan tanaman mengalami jangkitan kulat dan dimamah serangga. Semua ini adalah kurang penjagaan sempurna setiap hari .maklumlah cuma seminggu sekali jer yang dapat menjenguknya.Nampak gayanya sawi nie dijadikan makanan utk ikan tilapia.

Sawi batang putih menjadi mangsa kerakusan serangga.
pokok terung agak terbantut akibat kebanjiran pada awal tahun ini.
Dahulunya dalam kotak polistrine nie dijadikan kubur utk ikan-ikan yang mati. Ditanam dan diletak rumput-rumput kering , tanah bakar,keladak air kotor kedalamnya. Lepastuh dibiarkan selama kurang bulan dan kemudian disemaikan benih terung. Lihatlah sekarang hasilnya,menguntungkan.
timun sulong tuh.
Batas Kompos  sentiasa lembab kerana aliran airnya sentiasa dititiskan. Sumber air dari air limpahan (over flow) dari kolam ikan. 

Wednesday, March 16, 2011

IKAN TALAPIA SUDAH MENGELUARKAN HASIL

Tanpa disedari ikan talapia merah sudah mengeluarkan anaknya..Teruja sangat.. Ingatkan nak buat port untuk mereka bersekedudukan, kira privatesi lah sikit..Tapi ikan yang ditangkap telah memuntahkan anak-anaknya.

hanya sebahagian saja yg dapat ditangkap
Kata org dalam peringkat ini ikan ada susah sikit nak bela.. pasal kita tak tau nak kasi makan apa?
so,yang mana ditangkap ini diasingkan.

Tuesday, March 15, 2011

update:cacing.

Nak bela cacing kena ada masa.. kena selalu tengok,,kena kasi makan..kena selalu siram air..so, dengan ketiada masa yang terluang maka lupakan ajerlah nak bela cacing ni..  

kesemua tong polistrine yang mengandungi cacing dikerumuni oleh semut..
Kenyang semut...
PERCUBAAN MEMBELA CACING = GAGAL

Update: Tanaman kompos

Tanaman kompos disebelah kolam nampaknya mula membesar. Ada juga sebahagian tanaman mati akibat serangan ulat ataupun belalang.Maklum ajerlah cuma seminggu sekali jer dapat menjenguknya. Namun percubaan ini boleh dianggap berjaya dan perlu diperbaiki lagi masa akan datang.

cuma 3 dari  7 pokok carrot yang ditanam mampu hidup.

beberapa pokok salad dan sawi saja yg bercambah selebihnya dimakan belalang.
ini pokok kobis agaknya. lupa nak labelkan selepas disemai.
terdapat 5 anak pokok timun jepun yang baru belajar memanjat tali.

batas kompos sentiasa lembab kerana air limpahan(overflow) dari kolam sentiasa menitis keatasnya.Jadi, takpayah susah susah nak siramkannya.


Wednesday, March 9, 2011

Hasil dari hidroponik(salad)

 salad
hasil yang sangat memuaskan..
tempoh penjagaan sangat mudah hanya kurang dari 2 bulan sudah mendapatkan hasil.
hanya 2 dari 4 tray saja yg betul-betul membuahkan hasil.

ADA JUGA YANG IRI HATI TENTANG"HIDROPONIK"
INILAH HASIL DARI MAKHLUK PEROSAK(TIKUS)
abis tray polystrine digigitnya,apa yang dia cari ,aku pun tak tahu...

Tuesday, March 8, 2011

update:Mini aquaponik dirumah

Masih lagi dalam proses percubaan, banyak menda perlu dipelajari dan ditukar ganti.
gambaran keseluruhan mini aquaponik dirumah.
tanaman yang disemai adalah, pokok kesum,fern, keladi hutan,tomato,lokam dan jambu madu.
ini anak pokok jambu madu yang semakin membesar. asalnya sesaja semai.

 bekas yang direka dan dijadikan tempat semaian(cermin aquarium lama yang diubahsuai)

penukaran pasir kepada leca..memudahkan proses mencuci aquarium.

Friday, March 4, 2011

MENCARI BENIH IKAN TALAPIA HITAM.

Pengalaman menjaring ikan talapia di parit sememangnya tidak dapat dilupakan.


PENYEMAIAN BENIH BARU.

Hampir semua tanaman ditukar ganti semula akibat pertumbuhan kurang memberangsangkan.Ada juga yang terkena penyakit "bena putih", pertumbuhan terbantut dan sebagainya.
cili padi mula bercambah selepas seminggu di semai.
pokok betik pun ada tapi kurang vitamin c.

pokok timun mula memanjat dan berpotensi memeriahkan suasana.Terdapat juga pokok kobis dan beberapa pucuk karot yg baru bercambah.
demi keselamatan biji benih, jaring besi digunakan utk melindung dari dimakan tupai dan tikus.
benih buah petola berus pun mula bercambah.hasil sumbangan biji benih dari mertua.
pokok bunga lipan pun ada. Sesaja semai ingatkan tak menjadi tapi dah menjalar pun.. katanya daun pokok ini boleh menghilangkan gatal- gatal akibat gigitan nyamuk.

HIDROPONIK 2

SALAD
Setelah 2 bulan ditinggal dan dibiarkan pokok salad telah hidup subur tanpa diganggu oleh serangga mahupun tikus atau tupai. 

kini salad telah dijadikan santapan utk seisi sekeluarga dan selebihnya digunakan utk hidangan semasa meniaga.