Thursday, April 21, 2011

Percubaan pertama membuat makanan ikan dari bahan terbuang.

BAHAN-BAHANNYA,

ROTI BURGER YG TELAH DIJEMUR

IKAN YANG TAK SEDAP DIMAKAN


SETELAH DIKISAR DAN DIKERINGKAN
SETELAH KERING SEPENUHNYA DI SIMPAN RAPI 
 

Wednesday, April 13, 2011

MEMBUAT MAKANAN IKAN(PALLET& FROZEN)

Makanan ikan dihasilkan mengikut teknik "asal boleh".Menggunakan dari bahan yang boleh dikitar semula. Makanan ini direka khas utk ikan ketutu saja tapi ikan lain pun boleh makan juga . Memandangkan kos memberi makan ikan ketutu amat tinggi terpaksalah mencari alternatif lain . Maka terciptalah "makanan ikan asal boleh" ini. Makanan ini telah diuji terlebih dahulu dan terbukti hasilnya menakjubkan.

Bahan-bahan yang digunakan ialah.

1.ikan-ikan yang direject(pasar),dibersihkan dan dikisar.

2.roti yg dah tamat tempoh,hasil sumbangan penjual burger

3.pallet yang dah siap

4.ikan bilis yg reject,dikisar terlebih dahulu.
Kesemua bahan dicampur dan dikisar menjadi sebati.


kemudian dikisar sekali lagi....
proses terakhir "menjadikan doh"
jika hendak menjadikan pallet,doh mestilah keras sedikit.
jika mahu dibekukan biarlah lembut sedikit doh tersebut.
siap dibungkus dan dibekukan.

inilah pallet buatan sendiri. perlu dikeringkan secukupnya.
kebanyakkan bahan-bahan diperolehi dari sumbangan orang dan bahan direject di supermarket. Kesemuanya dikitar semula dan dijadikan sumber makanan sampingan ikan.
"SELAMAT MENCUBA"

PS.jika berlakunya keracunan pada ikan saya tidak bertanggungjawab.

Wednesday, April 6, 2011

update. tanaman kompos

pembinaan batas kompos yang baru.
Batas baru dibina semula(upgrade) dan kali ini ditengah-tengah batas dibuatkan takungan air.
sumber air dari overflow kolam ikan.Jadi, tak perlulah menyiram air setiap hari. Sekiranya ada anak ikan yang tersedut keluar dapatlah diselamatkan..Tak gitu?
setelah siap kesemuanya
paip overflow dari kolam

keladak air kotor disimpan terlebih dahulu sebelum digunakan utk siraman tanaman.

IKAN TALAPIA SUDAH MENGELUARKAN HASIL (TALAPIA HITAM)

   Pada 3/4/2011 aktiviti mingguan membersihkan salah satu kolam tengah.Lumut dan mendakkan air kotor dah terlalu banyak dan terpaksalah dibersihkan. Sebelum mengepam air , dikeluarkanlah anak-anak ikan yang ada  Disangkakan  ikan rainbow tapi lain pulak rupa bentuknya .Rupa-rupanya anak talapia hitam yang ada.
ini saja yang ada dan dapat diasingkan
Anak benih talapia terhasil secara kebetulan saja. Tiada penyuntikan hormon atau diberi makan viagra.Tidak begitu banyak tapi alhamdullilah..

Demi memuaskan hati sendiri beberapa ekor anak ikan talapia merah dicampurkan. Rupa bentuk sama cuma warna saja yang beza.Jadi, kompomlah itu anak ikan talapia hitam.

Monday, April 4, 2011

AKUARIUM(HOBIKU MEMBELA IKAN) BAHG 2

ikan kaloi merah dicampur dgn ikan naga


Ikan kaloi ini dibela dari saiz dua jari hingga sekarang(2 tapak tangan). Umurnya mencecah sekitar 5-6 tahun.
 ikan kaloi bintik ini berumur sekitar 4-5 tahun. Dulunya harga sebesar 2 jari baru 8 ringgit jer dan sekarang ada org offer nak beli dgn harga 200 ringgit. Tapi tak jual lah.. tunggu sampai harga 500 kot.
satu akuarium ada 4 spesis ikan.
ikan kaloi sabah dan ketutu ajer
ikan ketutu bersaiz 2-3 inci
ikan ketutu ini dibela utk mengkaji tentang pemakanannya dan tabiatnya sebelum dimasukkan kedalam kolam. Pada peringkat awal ikan ketutu agak susah dijaga.Hanya ikan kecil( spt guppy) dan anak udang saja makanannya.
sifat ikan ketutu ini suka menyorok dan bersendirian

AKUARIUM(HOBIKU MEMBELA IKAN)

Hobiku sememangnya membela ikan air tawar.. tak kiralah apa spesis ikan pun. Janji murah dan senang dijaga. Kisah hobiku bermula dari pemberian aquarium oleh org tuaku. Pasal dia dah tak larat nak beri ikan makan lagi serta malas nak cuci airnya. So, akulah penggantinya..

sebahagian akuariumku 
Hampir kesemuanya akuarium yang ada adalah dari sumbangan org(yg malas nak bela ikan lagi), ada juga aku buat sendiri,dan ada juga aku ambil di tempat pembuangan sampah (yg elok saja)..
Saiz akuarium yang ada:
1.Berukuran 4 kaki x 1 1/2 kaki = 7 biji
2.Berukuran 3kaki x 1 1/2 kaki =3 biji
3.Berukuran 2 1/2 x 1 kaki=3 biji
4.Berukuran entah berapa(bikin sendiri)=6 biji (termasuk mini akuaponik)
5.Berukuran 3 1/2 kaki (cermin melengkung)= 1 biji (pemberian orang) berharga rm 899
jumlah kesemuanya ialah 20 biji.. Dah macam kedai akuarium pulak..he..he..he..

akuarium bertingkat 3 (hasil dari bikin sendiri)

hasil ciptaan sendiri dari aquarium yg dibuang dan diberi nafas baru.


dibuat dari cermin terbuang terbentuk spt lcd tv..cewah..

aquarium dijadikan mini aquaponic
Diantara ikan yang aku bela ialah 

kaloi biasa    kaloi berbintik    kaloi sabah   kelisa perak   lampam     jelawat    kelah merah    angle fish       molly            guppy        sepat kampung      kap rumput   oskar hitam       ikan naga        talapia hitam /merah
ketutu      keli sopak      tiger barb      haruan      kura-kura hijau 

  


Sememangnya dah macam kedai akuarium pulak..Hobi membela ikan ini boleh menghilangkan rasa stress selepas bekerja.Tenang ajer......