Wednesday, August 31, 2016

LAWATAN KE TAPAK PENYEDIAAN TANAH ORGANIK DAN LADANG SAYURAN ORGANIK.


Salah seorang dari peserta iaitu Mr, David Teo menawarkan lawatan dan ingin berkongsi tentang tanaman  organik. Selain itu dia juga salah seorang  pengeluar tanah hitam organik. Lokasinya di Machap,Johor.

Mr David Teo

Tanah hitam yang sudah diproses
menuju ke ladang tanaman organik

perbincangan dan berkongsi pendapat tentang bahan organik

terung organik tanpa bahan/racun kimia

kawasan berbumbung khusus penanaman sawi,kailan.bayam dll


DIANTARA HASIL TANAMAN YANG DAPAT DIPASARKAN


KRUSUS PERTANIAN "SAYURAN ORGANIK"

JABATAN PERTANIAN ANJUR KURSUS PERTANIAN ORGANIK Pertingkat kemahiran usahawan tani amal Natural Farming. Bertempat di Ayer Itam ,Kluang, Johor. Krusus ini ditawarkan pada warga Johor sahaja.
Diadakan pada 15 dan 16 Ogos.



Sekadar untuk menambahkan ilmu yang ditawarkan secara percuma. Selain itu dapat belajar tentang teknik pembikinan baja dan racun secara organik.

penerangan tentang baja organik


teknik gaulan bahan

teknik menghancurkan bahan 

proses penyediaan bahan asas

Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar . Untuk bahan organik apa yang diperlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar

Saturday, June 18, 2016

PERISTIWA 2015 DAN AWAL 2016

Memandangkan pada 2015 dan awal 2016 nie aku terlalu sibuk, maka banyak cerita dan berita tidak dapat dipaparkan. Cuma sempat ambik gambar jer , sekarang nie dapatlah update blog.Sementara tengah tunggu sahur nie.

CERITA/KEJADIAN 2015

AYAM DIMAKAN ULAR SAWA



MENDIRIKAN SEBUAH GAZEBO DILENGKAPI KOLAM IKAN KAP

TAPAK PROJEK TERBARU

LOKASI BARU TEMPAT BERMAIN



KAWASAN RIADAH/LEPAK SANTAI SEKELUARGA

KELAHIRAN LANDAK MINI


MEMBANTU MEMBAIKPULIH KENDERAAN LAMA TERMASUK MENGECAT. Inilah perkara yang banyak membataskan jadual harian termasuk meng"update blog".




"SAYUR BEREMI" ADALAH PENAPIS AIR YANG TERBAIK..

Selain pucuknya boleh dimakan akarnya juga cukup berguna.. Saya jadikan sayur beremi sebagai penapis air yang semulajadi. Ianya berkesan memerangkap sebahagian kekotoran yang terdapat didalam kolam aquaponik saya. Maklum ajerlah nak beli kapas penapis bukannya murah semuanya pasal 
GST. 
 SUBUR DAN SEGAR DARI LADANG
 TENGOK SIKIT..
TENGOK BANYAK... AMIK KAU..

Kebiasaanya bila sudah terlalu banyak aku beri sayur nie pada ayam dan itik makan ajer.Akarnya yang penuh lumpur tuh dijadikan bahan kompos..




UPGRADE MINI AQUAPONIK.

PENGUBAHSUAIAN MINI AQUAPONIK.

Disebabkan kebocoran yang melampau dan pam tidak berfungsi lagi..
mini aquaponik yang lama
Masih lagi diletak ditempat yang sama cuma menukar rak kayu dan akuarium kepada tangki politank.
Kira kena modal lebih sikit laa...



Masih lagi tiga tingkat(tapak penyemaian"growbed") pam air dari 40 watt kepada 60 watt bersamaan 1000 liter/ jam.
Dilengkapi dengan sebuah mini akuarium (ikan gapi sahaja) dan mini air terjun.

video
kos pengubahsuaian hampir Rm 200 siap gst..


Monday, May 16, 2016

KITAR SEMULA SEMUA BAHAN YANG ADA

RECYCLE (kitar semula)..
Kebanyakkan bahan/barang yang digunakan disini adalah dari bahan buangan . Kesemua barangan ini bukanlah dikutip dikawasan pembuangan sampah. Ianya adalah barangan kegunaan harian saya  setiap hari. 

PENGUMPULAN BAHAN 

TONG POLISTRINE

BOTOL MINYAK MASAK

BOTOL KICAP/SOS

GUNI BAWANG / KERATAN BATANG PAIP


BOTOL PLASTIK/KACA


SIKAP BERKITAR SEMULA DAPAT MENJIMATKAN WANG SAYA DAN SECARA TIDAK LANGSUNG JUGA BOLEH MEMELIHARA ALAM SEKITAR SUPAYA TIDAK TERCEMAR

Sunday, September 13, 2015

BEREHAT BUAT SEMENTARA WAKTU

RILEKS BUAT SEKETIKA..
Banyak perkara  yang perlu dilakukan buat 5,6 bulan nie.. Tapi aktiviti aquaponik masih berjalan seperti biasa. Cuma tak sempat nak update ajer..
Antara hal yang dilaksanakan adalah.
  • membaiki /mengecat sebuah van
design sendiri..

dalam proses mengecat

  • menyiapkan 2 buah reban burung (terkukur jawa dan baji)

reban terkukur jawa
reban burung baji


  • pengubahsuaian semula reban arnab
    rangka  asas reban arnab
    separuh siap
    siap sudah..

    • yang terbaru menyiapkan sebuah gazebo dilengkapi dengan kolam terapi ikan...

     

    Kesemuanya kerja penyelenggaraan ini dilakukan sendiri dan dibantu oleh isteri.. 
    D.I.Y lah katakan...